Perkembangan teknologi sekarang bergerak terlalu pantas. Lagi dikejar teknologi yang ada, lagi jauh ia meningalkan kita. Lihat sahaja teknologi camera di telefon pintar yang ada. Jika hari ini anda membeli telefon baru serba canggih, bulan depan sudah ada beberapa lagi keluaran terbaru yang lebih canggih.
Tanpa kita sedar, kemajuan teknologi ini sebenarnya telah menyebabkan beberapa item berikut tidak lagi diperlukan malah semakin sukar ditemui. Berikut dikongsikan 10 item yang mungkin pernah anda gunakan dahulu dan kini ia semakin dilupakan.
- Surat Khabar
Segalanya dihujung jari. Penyebaran berita adalah terlalu pantas sehingga menyebabkan surat khabar semakin tidak releven dengan fungsinya lagi. Mungkin lebih sesuai digunakan sebagai pembungkus nasi lemak sahaja.
- Camera filem/kodak
Gambar yang diambil oleh camera filem adalah terhad. Cantik atau tidak ia perlu diterima. Dengan teknologi digital sekarang, gambar boleh diambil tanpa had dan boleh terus dilihat.
- Telefon awam
Hampir setiap orang memiliki telefon tersendiri malah kanak-kanak juga dibekalkan dengan telefonnya sendiri. Telefon awam adalah tidak lagi diperlukan malah semakin sukar ditemui.
- Jam loceng
Masih adakah lagi mereka yang menggunakan jam loceng sebagai ‘alarm’ untuk mengejutkan tidur. Telefon pintar telah mengambil alih tugas jam loceng malah dengan menggunakan applikasi tertentu seperti Applikasi Alarmy, ia lebih efektif untuk mengejutkan mereka yang sukar bangun pagi.
- Mesin faksimili
Mesin ini masih banyak digunakan di pejabat dan mungkin suatu hari nanti ia akan dilupakan terus kerana email adalah lebih mudah, cepat dan menjimatkan.
- Disket
Jika ada masih memiliki disket, jangan buang dan simpan sebaiknya kerana ia tidak lagi dijual. Disket digunakan secara meluas pada zaman dahulu untuk menyimpan data sebelum pendrive mengambil alih tugas tersebut.
- CD
Dengan adanya spotify, youtube dan banyak lagi, CD dan kaset semakin dilupakan malah artis rakaman juga semakin kurang mengeluarkan album penuh di dalam bentuk CD.
- Kaset
Item ini juga sudah hampir tiada dan boleh diklasifikasikan sebagai barang muzium. Jika anda masih memiliknya, anda memerlukan video/audio player untuk memainkannya.
- Discman / walkman
Smartphone dan ipod telah mengambil alih fungsi discman dan walkman.
- Mesin taip
Ia semakin dilupakan dengan wujudnya teknologi komputer.
Jika anda anda adalah generasi 80an dan 90an, anda mungkin mempunyai kenangan bersama item-tem berikut dan kongsikan pengalaman anda diruangan komen.