10 fakta tentang Malaysia yang menarik untuk kita tahu

Flag of Malaysia

Selamat hari Kebangsaan ke-61 untuk seluruh warga Malaysia. Sememangnya kita amat bertuah dapat hidup aman dan damai di bumi Malaysia tercinta ini.

Sayangi Malaysiaku, itulah tema sempena Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Sejauh mana kita mengenali negara ini? Jom kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang Malaysia yang mungkin anda juga belum tahu.

1. Tunku Abdul Rahman pertama kali mengumumkan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada Feb 20, 1956.

2. TUN merupakan gelaran persekutuan yang tertinggi dan bilangan penerima tak boleh lebih daripada 25 orang yang masih hidup dalam satu masa.

3. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga merupakan pelajar Silat Seni Gayong yang terkenal.

4. Waktu tempatan telah berubah beberapa kali. Pada 31 Dis 1932, jam telah cepat 20 minit untuk “memanjangkan” waktu siang; pada 1 Sept 1941, dicepatkan lagi kepada 10 minit; pada 1942, waktu dipercepatkan dua jam untuk mengikut waktu Tokyo; pada 1945, waktu kembali kepada waktu yang diperhatikan pada 1941, dan pada 1 Jan 1982, waktu dicepatkan 30 minit supaya Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia mengikut Waktu Standard Malaysia. So waktu tempatan berubah sebanyak 5 kali.

5. Negara pernah diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera di mana Perlembagaan Persekutuan telah digantung akibat daripada pengisytiharaan darurat ketika malam 16 Mei 1969.

6. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

7. Ketika peristiwa 13 Mei 1969, angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah

8. Bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi dan disaksikan wakil sultan seluruh Tanah Melayu. Bendera itu telah direka oleh Mohamed Hamzah, iaitu seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya di Johor Bahru.

9. Ilham untuk menamakan bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan itu dikemukakan kepada Tun Dr. Mahathir pada 11 Julai 1995.

10. Lapangan Terbang Sungai Besi (kemudiannya menjadi pangkalan TUDM) merupakan lapangan terbang antarabangsa pertama di negara ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini