•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Berita baik untuk pelanggan Celcom.. Penyedia telekomunikasi mudah alih tertua di Malaysia ini telah melancarkan kempen terbarunya, dan ia melibatkan pemberian sehingga 100,000 telefon pintar kepada pelanggannya secara percuma. Kempen ini yang diadakan dari 20 September hingga 29 Disember 2018 dengan sasaran penyerahan 100,000 Telefon PERCUMA, dalam masa 101 Hari.

Untuk layak, anda mestilah menjadi pelanggan Celcom sekurang-kurangnya 12 bulan, dan tidak di’bar’ selama tiga bulan. Jika anda memenuhi kedua-dua kriteria ini, anda akan layak mendapatkan telefon baru tanpa bayaran pendahuluan apabila anda melanggan mana-mana 4 pelan ini – Mobile Gold Plus, Mobile Gold Supreme, Mobile Platinum dan Mobile Platinum Plus.

Bagi telefon yang anda pilih, ia bergantung kepada pelan yang anda langgan, seperti ditunjukkan di bawah:

Sebagai sebahagian daripada kempen, Celcom juga memperkenalkan dua keistimewaan kepada pelanggannya. Satunya ialah ‘Lanjutan Kontrak’, di mana pelanggan boleh menaik taraf telefon kontrak semasa mereka kepada yang terbaru, selagi kontrak semasa mereka mempunyai kurang daripada 12 bulan.

Baca juga  Anak Lahir Tahun 2018 Ke Atas Rugi Kalau Tak Daftar ADAM50

Sebagai alternatif, jika anda tidak berminat untuk mendapatkan telefon baru, anda boleh juga memilih keistimewaan lain yang disediakan untuk anda iaitu ‘Penukaran Pelan Pada Bila-bila Masa’. Ini membolehkan pelanggan dengan kontrak peranti untuk menaik taraf ke tahap yang lebih tinggi, memberikan peruntukan kuota internet yang lebih besar sementara masih mengekalkan kontrak semasa anda.

Untuk info lanjut, anda boleh lihat laman kempen Celcom.

So untuk yang sedang mencari telefon baru tu, inilah masanya untuk anda bertukar..!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini