Jenama vivo semakin dikenali dan dekat di hati pengguna. Ia bertambah meriah dengan kehadiran siri terbaru telefon pintar mereka, V21 yang sesuai untuk pelbagai lapisan pengguna.
V21 dikeluarkan dengan 2 pilihan versi, V21 dan V21e. Kedua-dua model ini yang merupakan model laku keras sempena jualan Superday Roadshow yang bertempat di Plaza Low Yat dan pusat i-City Central dari 5 Mei – 9 Mei lalu.
Kelebihan vivo V21 dan V21e
Selain daripada kaya dengan ciri kefungsian serta mudah untuk diakses serta beberapa fungsi yang menarik dan terkini buat para pengguna, ciri utama yang menjadikan peranti ini sangat istimewa di mata pengguna ialah:
1. Kamera hadapan Optical Image Stabilizer (OIS) 44MP
Antara ciri yang paling menarik yang boleh didapati pada telefon pintar siri V21 ialah kecanggihan kameranya, baik kamera depan maupun kamera belakang.
Untuk kamera hadapan, ia merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi dengan dengan kamera hadapan Optical Image Stabilizer (OIS) 44MP.
Dengan aperture f/2.0, kamera hadapan yang berkuasa tinggi ini membenarkan tahap pendedahan cahaya yang lebih besar dan menjelaskan rakaman imej yang diambil walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terhad
‘Dual Selfie Spotlight’ menyediakan dua pancaran cahaya halus dibahagian hadapan yang akan membantu rakaman video berkualiti tinggi pada waktu malam, Ultra Stable Selfie Video yang meningkatkan kestabilan ketika video dirakam secara bergerak.
Bukan itu sahaja, jika kamera hadapan adalah yang terbaik di pasaran, apatah lagi kamera belakang. Untuk vivo siri V21 ini, masing-masing memiliki tiga kamera belakang (64MP, 8MP dan 2MP). Dengan fungsi OIS eksklusif yang menawarkan kualiti imej yang luar biasa, ia turut disuntik nafas oleh rangkaian kamera sekunder untuk mengendali keupayaan fotografi makro, termasuk rakaman bersudut lebar dan yang lebih kompleks.
Tidak dilupakan. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang siri V21 berkemampuan untuk merekodkan video berkualiti 4K.
2. Penstabilan Imej Elektronik (EIS)
EIS yang hadir bersama dalam peranti ini menaik taraf keupayaan penstabilannya melalui algoritma perisian tanpa memerlukan perkakasan tambahan, justeru menjimatkan ruang dan mengurangkan saiz telefon pintar itu. EIS ini, bila digabungkan bersama OIS akan meningkatkan tahap keyakinan pengguna untuk bercakap sambil memfilemkan aktiviti anda kerana hasilnya yang mengagumkan tanpa gegaran.
3. Potret Malam AI (AI Night Portrait)
Menerusi integrasi antara perkakasan dan perisian pula, fungsi-fungsi seperti ‘Super Night Selfie’ menjadikan kualiti imej yang lebih tinggi dalam aspek kecerahan dan perincian latar malam selain menjamin rakaman potret yang lebih jelas.
4. Autofokus dan sensor cahaya yang canggih
Dengan kehadiran fungsi autofokus yang serba canggih, ia juga dapat membantu pengguna merakam imej yang jelas tanpa dibatasi dengan jarak rakaman.
Peranti terbaik untuk kongsi detik indah
Sekiranya dilihat sekali lalu, fungsi-fungsi yang hadir didalam peranti siri V21 ini sangat sempurna untuk tujuan ‘vlogging’ dan untuk pengguna berkongsi detik kehidupan mereka dengan rakan dan keluarga secara maya mahupun fizikal.
Ciri-ciri lain
V21 dan V21e, masing-masing mempunyai saiz memori yang sama iaitu (8GB RAM + 3GB RAM tambahan), ruang storan dalaman sebesar 128GB (cuma untuk model V21 menggunakan storan jenis UFS 2.2) dan bateri 4000mAh hadir dengan sokongan pengecasan pantas 33W).
Cumanya untuk membezakan kedua-kedua model didalam siri V21 ini, model V21 dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 800U dengan ketebalan peranti 7.29mm, manakala untuk model V21e pula ia dipadankan dengan cip Snapdragon 720G dengan ketebalan peranti 7.38mm.
Pilihan warna
Manakala untuk penawaran warna, V21 hadir dengan warna yang mempesonakan dalam Dusk Blue dan Sunset Dazzle, V21e pula hadir dengan warna Roman Black dan Diamond Flare.
Harga
Hadir dengan dua jenis model iaitu, V21 dan V21e, harga yang ditawarkan adalah RM1,599 untuk V21 dan juga RM1,299 untuk V21e. Kedua-dua model ini yang merupakan model laku keras sempena jualan Superday boleh didapati di kedai-kedai konsep vivo, pengedar bertauliah vivo, dan e-Kedai rasmi vivo.
Sekiranya anda berminat untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai siri vivo V21 baru ini, anda boleh kunjungi laman web rasmi www.vivo.com/my atau layari laman sosial mereka di Facebook dan Instagram vivo Malaysia.