•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seperti yang telah diwar-warkan, filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald akan menemui penonton pada bulan November ini. Filem ini yang merupakan filem kedua didalam franchise hasil idea J.K Rowling adalah filem yang mengisahkan dunia sebelum bermulanya zaman kegemilangan Harry Potter.

Menjadikan ia sedikit menarik, berikut adalah 5 fakta yang perlu anda tahu mengenai filem Fantastic Beasts ini.

  1. Latar masa Fantastic Beasts 1 (Fantastic Beasts and Where to Find Them) ialah pada tahun 1962, tahun yang mana lahirnya seorang dark wizard bernama Tom Marvolo Riddle atau lebih dikenali sebagai Voldemort.
  2. Tahukah anda “Fantastic Beasts & where to find them” ialah nama buku teks Harry Potter ketika tahun pertamanya? Penulisnya pula ialah watak utama filem Fantastic Beasts itu sendiri, Newt Scamander.
  3. Tahukah anda nama Newt Scamander muncul ketika “Harry Potter & the prisoner of Azkaban” pada Marauder’s map. Dan pada masa itu ramai tidak mengambil kisah kerana belum mengenali siapa itu Newt Scamander . Umurnya ketika ini adalah 97 tahun.
  4. Trailer Fantastic Beasts 2 (Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald), menampilkan seorang watak tua bernama Nicholas Flamel. Dia merupakan pencipta kepada Philosopher’s stone yang mana kemudian harinya nanti akan menjadi topik penting dalam filem Harry Potter pertama.
  5. Fantastic Beasts 2 juga menunjukkan pemilik semasa The Elder wand, iaitu Grindelwald (lakonan Johnny Depp). The Elder wand iaitu tongkat paling berkuasa ini akan dimiliki oleh Harry Potter 70 tahun akan datang untuk membunuh Voldemort.
Baca juga  Tips mengajar anak kecil berus gigi

Untuk makluman, secara keseluruhannya filem Fantastic Beasts ini mempunyai 5 episod. Dengan kemunculan Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald tidak lama lagi, ini bermakna tinggal lagi 3 filem yang peminat-peminat semua perlu nantikannya. Wow! Ohsem.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini