Trailer Terbaru Fantastic Beasts: Crimes of Grindelwald, Aksi Magic Yang Lebih Mendebarkan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Acara Comic-Con yang berlangsung setiap tahun adalah acara dimana berlakunya tontonan trailer rasmi secara besar-besaran bagi sesebuah filem baru. Ini dibuktikan dengan pengumuman pengumuman trailer Aquaman yang akan ditayangkan pada akhir tahun ini, Godzilla: King Of The Monster yang akan ditayangkan pertengahan tahun hadapan dan bermacam-macam lagi trailer yang menarik.

Tidak ketinggalan untuk turut memperhangatkan acara apabila sebuah lagi trailer filem fiksyen yang ditujukan juga khusus kepada peminat dunia magic Harry Potter, yang berjudul Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald.

Filem ini yang merupakan sekuel kepada Fantastic Beasts and Where to Find Them yang ditayangkan pada tahun 2016, akan menjumpai para peminat pada 16 November 2018.

Seiring dengan tajuk, filem ini yang masih berlatar belakangkan susur masa sebelum munculnya zaman Harry Potter memperlihatkan kisah jenayah yang dilakukan oleh Grindelwald (lakonan Johnny Depp) dengan menyaksikan kembalinya Newt Scamander (lakonan Eddie Redmayne), iaitu seorang ahli sihir zoologi yang bersama-sama dengan Professor Albus Dumbledore bagi menyekat niat jahat Grindelwald.

Baca juga  5 pemimpin negara termiskin di dunia

Didalam sekuel ini nanti difahamkan peminat bakal menyaksikan waktu dimana wujdnya ketidakpuasan hati yang semakin meningkat dikalangan ahli sihir kerana sudah bosan bersembunyi daripada pengetahuan dunia Muggle (manusia biasa) dan terdapat juga adegan dimana penonton dapat melihat Newt Scamander yang lebih muda ketika dia menjadi seorang pelajar di Hogwarts, dan juga Nicholas Flamel, iaitu seorang ahli kimia yang memainkan peranan penting dalam filem Harry Potter yang pertama, iaitu The Sorcerer’s Stone.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini