5 Resipi Pasta Yang Mudah Dan Ringkas


Sebelum ini kami ada kongsikan resipi nasi goreng yang mudah dimasak daripada beberapa individu yang terkenal dalam bidang masakan. Kali ini, kami kongsikan pula resipi pasta daripada beberapa individu. Ada masa, bolehlah cuba di rumah pada hujung minggu ini.

1# Pasta Spiral Goreng Lada Hitam

BAHAN-BAHAN : 
1 peket spaghetti 
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly 
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 batang carrot 
4 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar biji lada hitam – ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri 1
kiub perasa daging – boleh tambah 
Garam secukup rasa 
Daun bawang atau daun sup secukupnya * tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya . 
Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta ni jadi pedas menyengit pula hehehe 

CARA MEMASAK: 
Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil . 

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging . 

Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis . 

Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

2# Resepi Spaghetti Olio Dengan Ayam

BAHAN-BAHAN:
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMASAK:  
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.
2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan.

Sumber resepi: Miera Hassan blogspot

3# Pasta Tuna Puttanesca

Bahan-bahan:

1 tin Whole Peeled Tomatoes – 411g (brands yg sll akak guna Cirio, S&W, Hunts)
1/3 cwn olive oil (bkn extra virgin olive oil tau)
1 bwg besar kuning (saiz besar), cincang halus
2 bwg putih, cincang halus
1/2 sudu teh chilli flakes (xletak pun xpe kalau ada bdk2 kecik mkn terutamanya)
1 tin Tuna Flakes in Olive Oil Light – 150g (akak guna Ayam Brand)
2 sudu besar capers, dibilas air n perah
75g pitted Kalamata olives (buah zaitun hitam tanpa biji)
2 sudu besar flat-leaf Italian parsley, dihiris halus
1/2 cwn air rebusan pasta

375g pasta (utk sauce ni blh guna spaghetti, tagliatelle, fettuccine atau bavette)

CARA MEMASAK: 
Didihkan air utk masak pasta (kadar blh terendam sempurna n blh dikacau). 
Campurkan garam (hukum agak2 diaplikasikan di sini ye). Bila dah mendidih masukkan pasta. Kacau sll supaya pasta x melekat. Masak smp “al dente”, jgn lembik, x sedap nnt. Al dente ni dlm 6-8 minit api besar. (Bila dah masak, ketepikan 1/2 cawan air pasta, tapis dan toskan pasta)
Smntara tunggu pasta masak sepenuhnya, panaskan minyak, masukkan bwg besar n masak guna api sederhana selama 5 minit. Masukkan bwg putih dan chilli flakes, masak sekjp dlm 30 saat sblm masukkan capers, tuna n canned tomatoes. Pecah2kan tomato dgn blkg senduk tu. Masukkan Italian parsley yg dah dihiris2 tu…Biarkan mereneh 5-10 minit atau smp pekat. Campurkan 1/2 cwn air yg korg guna utk masak pasta td (air pasta berkanji membantu untuk mengadun dan memekatkan sos, so dlm kata lain, air pasta blh buat sos tu jd lbh creamy dan salutan lbh silky n tidak berminyak).
Bagi mereneh smp kepekatan yg korg suka. Kacau sll ok. Last sekali, masukkan pasta dlm kuali sos ni, salutkan hingga sebati. Jgn putus2kan pasta k, biar pjg2 Italian style.

Sumber: Resepi Kak Lynn

4# Resipi Spaghetti In Carbonara Sauce

BAHAN-BAHAN:
2 sdk minyak zaiton 
200g sausage dihiris nipis 
3 biji cendawan butang dihiris nipis 
3 ulas bawang putih diketuk 
2 biji kuning telur 
1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh 
75 g keju pamesan yng prut 

CARA MEMASAK: 
1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya 
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi. 
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam

Sumber resepi: Miera Hassan blogspot

5# ResIpi Spageti Bebola Daging

Bahan – Bahan :

Bahan Kuah:

2 biji kentang | dicincang
6 biji lada benggala |dipotong dadu kecil
2 biji tomato | dicincang
250 ml air panas
2 sudu makan minyak zaitun
2 ulas bawang putih | dihiris halus

Bahan Bebola Daging:

250 gm daging kisar
20 gm serbuk roti
2 biji telur
10 gm jintan putih
10 gm lada hitam yang ditumbuk
10 gm daun oregano
10 gm garam
1 ulas bawang putih | dicincang
1 biji bawang | dicincang
10 gm parsli segar | dicincang
200 gm spageti | rebus seketika sehingga lembut

CARA MEMASAK: 

1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan lada benggala dan tomato. Kacau rata.

2. Kemudian masukkan air dan kentang. Kacau rata sehingga mendidih dan kentang lembut. Ketepikan.

3. Untuk membuat bebola daging, satukan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan. Gaul rata sehingga sebati.

4. Ambil sedikit adunan seberat 15 gm dan bentuk menjadi bulat.

5. Masak air sehingga mendidih dan masukkan adunan tadi. Rebus selama enam minit. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan bersama spageti.

6. Tuangkan kuah sos tadi di atasnya

Sumber Resipi: Resepi Bonda


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini