5 sarapan sihat untuk anda yang sedang berdiet


Bukan mudah untuk istiqomah dalam menjaga diet yang betul. Malaysia terlalu banyak makanan yang sedap dan menarik, membuatkan cabaran untuk diet adalah terlalu sukar.

 

 

Tapi untuk anda yang sedang berusaha mengurangkan berat badan serta ingin meningkatkan taraf kesihatan, apa kata kami cadangkan 5 pilihan sarapan pagi yang mudah untuk anda.

1. Oatmeal
Yer diakui makanan bijirin ini tidak sedap dan tidak kena dengan tekak kebanyakan orang Malaysia. Tapi anda boleh pelbagaikan resepinya dengan menambah buah-buahan kegemaran anda dalam hidangan tersebut. Contohnya pisang, strawberry, kismis dan banyak lagi. Oatmeal adalah tinggi dengan serat, kalsium dan zat besi yang baik untuk tubuh. Ia mempu mencegah penyakit jantung, mengurangkan kadar kolesterol dan paling anda suka iaitu membabtu menurunkan berat badan.

2. Roti Gandum
Mungkin selama ini anda lebih gemarkan roti putih, tapi selepas ini pastikan anda mula beralih kepada roti gandum. Roti gandum mengandungi serat dan karbohidrat yang lebih tinggi.

3. Yogurt
Mungkin ramai yang sukakan yogurt, disebalik rasanya yang masam mengandungi protein dan kalsium yanh diperlukan tubuh. Anda juga boleh mencampurkan yogurt bersama oatmeal untuk hidangan sarapan yang lebih menarik. Ia pasti dapat membuatkan anda kekal kenyang sehingga tengah hari.

4. Telur
Ia mengandungi, protein, asid lemak dan omega 3 yang baik untuk tubuh. Beberapa biji telur boleh membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Gunakan kreativiti anda untuk menyediakan sarapan pagi berasaskan telur. Boleh juga dimakan bersama roti gandum untuk sarapan yang lebih berkhasiat.

5. Bijirin
Jika anda tidak mempunyai banyak masa dan tergesa-gesa dalam menyediakan sarapan pagi. Bijirin adalah pilihan mudah dan bijak sebagai menu sarapan pagi anda. Bijirin mempunyai zat besi, serat dan kalsium yang diperlukan tubuh.

Makan sahaja tak mencukupi, anda juga perlukan minuman sebagai pelengkap menu sarapan pagi. Amalkan meminum susu diwaktu pagi. Ada banyak pilihan susu dan sebaiknya adalah susu rendah lemak atai susu segar.

Perlu diingatkan, mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang berkhasiat, mengenyangkan tapi tidak menggemukkan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini