Tempe ialah makanan yang dihasilkan daripada kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara. Ia berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Tempe sering kali dikaitkan dengan tauhu, namun tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
Tempe turut terkenal di Malaysia, khususnya di daerah-daerah yang ada ramai pemduduk yang berasal daripada Indonesia seperti Klang. Kini ia boleh didapati di restoran-restoran melayu juga kerana mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Khasiat tempe
Sebenarnya tempe adalah makanan yang sihat. Banyak khasiat yang boleh didapati didalam menu tempe. Antara khasiatnya yang penting untuk kesihatan tubuh adalah:
1. Ia mengandungi Kalsium yang tinggi. Kalsium terkenal sebagai penguat tulang.
2. Ia dikatakan boleh mencerah dan mencantikkan kulit. Protein yang terdapat dalam tempe boleh mencantikkan kulit pengamalnya.
3. Merendahkan kolestrol. Bagi penghidap kolestrol yang tinggi, anda boleh amalkan memakan tempe. Namun anda kena juga sesuaikan cara masakan tempe. elakkan tempe digoreng dengan minyak yang berlebihan misalnya.
4. Mencegah gejala monopos awal. Tempe amat bagus untuk kaum hawa kerana faktor ini.
5. Tinggi Kandungan protein. Kandungan protein yang tinggi di dalam tempe membantu menyihatkan badan.
6. Tinggi Kandungan serat. Kandungan serat yang tinggi amat bagus untuk mengawal berat badan sekaligus menghindari penyakit yang Berpunca daripada obesiti
7. Bersifat antioksidan. Makanan yang bersifat antioksidan yang tinggi dipercayai dapat melambatkan proses penuaan. Minuman yang sangat popular di Jepun yang mengandungi unsur antioksidan adalah teh hijau.
8. Boleh menurunkan Darah tinggi. Penghidap darah tinggi boleh amalkan memakan tempe.
9. Menghalang keracunan makanan. Memakan pelbagai jenis makanan kadang-kadang memberi kesan kepada perut kita yang tidak serasi dengan makanan tersebut. Namun dengan memakan tempe, ia dikatakan dapat mencegah keracunan makanan.
Banyakkan kelebihan memakan tempe untuk kesihatan badan? Jadi sesiapa yang tidak suka tempe lepas ni kena fikir 2 kali. Mungkin anda boleh mencuba tempe yang dimasak dengan masakan yang lain yang serasi dengan selera anda.
Selamat memakan tempe..!