•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salah satu usaha kerajaan dalam memupuk minat rakyat untuk menyimpan adalah dengan mewujudkan ADAM50 iaitu singkatan bagi Amanah Dana Anak Malaysia 2050.

Melalui ADAM50, insentif percuma sebanyak RM200 akan diberikan bagi semua bayi warganegara Malaysia sebagai modal pelaburan permulaan seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2018 yang lalu.

Bagi bayi Bumiputera, difahamkan bahawa mereka akan menerima dana tersebut melalui akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Manakala bagi bayi bukan Bumiputera pula, mereka akan menerima dana tersebut melalui Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

Bagaimanakah caranya untuk memohon dan membuka akaun ADAM50 untuk anak anda?

Permohonan dan pendaftaran boleh dibuat melalui pejabat ASB yang berhampiran dengan membawa sijil lahir ataupun MYKID bayi anda. Ataupun sekiranya tiada pejabat ASB yang terdekat, anda juga boleh pergi ke cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank

Untuk makluman, proses permohonan dan pembukaan akaun ini tidak memerlukan bayi untuk hadir, malah bagi setiap akaun juga tidak memerlukan pembuka akaun untuk depositkan sejumlah wang ke dalam akaun.

Baca juga  Bagaimana mengenali anak autisme. Berikut adalah 12 kelakuan anak yang perlu anda beri perhatian.

Jadi, selepas akaun dibuka bagaimana untuk membuat semakan sama ada dana RM200 telah diterima ataupun tidak?

Semakan boleh dibuat. Namun, cara yang paling mudah adalah dengan semakan online. Contoh – sekiranya dana RM200 yang diperoleh itu dibuka atas nama ibu, si ibu perlu memiliki akaun ASB terlebih dahulu sebelum mendaftar di ASB online. Melalui ASB online tersebut, akan dipaparkan maklumat berkenaan akaun anak anda dan status dana tersebut.

Perlu dimaklumkan bahawa setiap akaun akan menerima dana permulaan RM200 tersebut untuk sekali sahaja, akan tetapi pelaburan tambahan boleh dilakukan oleh ibu, bapa, penjaga berdaftar atau wakil peserta, pada bila-bila masa dan tertakluk kepada had pelaburan maksimum iaitu – ASB 200,000 unit atau AS 1Malaysia 50,000 unit.

Untuk maklumat lanjut mengenai ADAM50, boleh layari www.asnb.com.my/v3_/adam50

Nota: Satu insentif yang bagus bagi persediaan anak-anak sebelum mencecah umur 18 tahun.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini