Biodata Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar


Sempena permasyhuran Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sebagai Tengku Ampuan Pahang hari ini, kami sertakan serba sedikit biadata baginda untuk anda.

  • Dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960
  • Anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.
  • Berkahwin dengan Sultan Abdullah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986 dan mempunyai empat putera dan lima puteri.
  • Gelaran Tengku Ampuan Pahang yang dimasyhurkan kepada baginda adalah khas untuk permaisuri kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.
  • Sebelum baginda, Tengku Ampuan Pahang yang pertama ialah Tengku Ampuan Fatimah Tun Muhammad yang merupakan permaisuri Sultan Pahang I, Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah diikuti Tengku Ampuan Besar Meriam binti Sultan Abu Bakar Johor (permaisuri Sultan Pahang II, Sultan Mahmud).
  • Tengku Ampuan Pahang seterusnya ialah Tengku Ampuan Besar Fatimah Sultan Alang Iskandar Shah (permaisuri Sultan Pahang IV, Sultan Abu Bakar Ri’a-yatuddin Al-Mu’adzam Shah) dan Tengku Ampuan Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad (permaisuri Sultan Pahang V, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah).
  • Permaisuri Sultan Pahang III, Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah tidak dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang kerana bukan berdarah raja.
  • Gelaran Sultanah Kalsom (permaisuri Sultan Ahmad Shah) di-cipta hanya untuk baginda dan tiada dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini