Blogger Raih Pendapatan Lumayan RM50 Ribu. Ini Perkongsian Ringkas Penuh Inspirasi Daripada Blogger Cik Epal


Kini, menulis blog bukan sekadar hobi suka suka di masa lapang. Industri blogging juga mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada penulis blog seperti kerjaya lain. Ada penulis blog menjadikan aktiviti menulis blog ini sebagai pendapatan utama, tidak kurang juga sebagai pendapatan sampingan. Dalam masa yang sama, ramai yang berputus asa dan menarik diri daripada ‘blogsphere’ selepas tidak mencapai apa yang diimpi dalam masa yang tertentu.

Semasa mengikuti susun masa di IG Story, kami tertarik dengan perkongsian daripada blogger terkenal dan berjaya, Cik Epal,27 tahun, tentang ‘nikmat’ menjadi seorang blogger dan social influencer. Beliau juga berkongsi tips untuk menjadi penulis blog berjaya dengan pendapatan lumayan dan menikmati hidup bahagia tanpa terikat dengan tugasan di pejabat bersama keluarga.

Siapa Cik Epal?

buat duit dengan blog
Siapa Cik Epal?

Bagi yang mengenali insan ini sebagai blogger dan social influencer, pasti pernah membaca blog Cik Epal. Selain blog, peminat tegar boleh mengikuti perkembangan Cik Epal dan keluarga di Instagram (IG) @cikepal06.

Kapsyen dan gambar menarik terutama ketika beliau melancong bersama Han & Papa Han sentiasa menjadi tarikan utama. Ada yang menyangka mereka adalah anak kepada ‘someone‘ tetapi dinafikan oleh beliau di kemaskini IG Story seperti di atas.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau membuat tabungan untuk melancong ke negara orang?

Ini jawapan Cik Epal.

Kepada mereka yang masih belum yakin dengan potensi menjadi seorang blogger, kejayaan Cik Epal meraih pendapatan lumayan seperti kemaskini di bawah ini boleh dijadikan satu inspirasi.

Harus diingat, kejayaan akan berjaya digapai seiring dengan kualiti kerjaya yang diberikan.

Pendapatan daripada blogging semasa masih belajar pun sudah mencecah RM20 ribu sebulan. Selepas belajar dan blogging secara serius, agak-agak berapakah pendapatan terkini Cik Epal?

Sekarang pendapatan yang tertinggi berjaya diperoleh beliau adalah sebanyak RM50 ribu. Hanya daripada blog. Wow!!!

Tidak termasuk pendapatan daripada tugasan di IG.

Eh, dengan IG pun boleh buat duit ke?

Satu lagi peluang yang patut di’explore’ oleh blogger di luar sana untuk menambah pendapatan mereka. Siapa sangka, dengan sekeping gambar di IG dan beberapa patah perkataan, mampu memberi pulangan sehingga 4 ke 5 angka!

Kami di Ohsempoi sangat berbangga dengan kejayaan anak muda ini. Pastinya ramai yang mendambakan ‘life’ seperti mereka. Senang & Bahagia.

Di sebalik nikmat yang dikecapi oleh Cik Epal sekarang ini, pasti ada tips atau petua yang boleh dijadikan panduan dan ikutan.

Tips Hidup Happy

Jika kisah Blogger Raih Pendapatan Lumayan ini berjaya menjadi sumber inspirasi kepada anda untuk turut berjaya seperti Cik Epal, apa kata kongsikan kisah ini untuk manfaat rakan-rakan yang lain.

Blog Cik Epal:http://cikepal06.blogspot.com/

Instagram: @cikepal06


3 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini