•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebelum ini pihak Telekom Malaysia telah menyediakan satu laman rasmi dimana setiap pengguna berpeluang untuk membuat semakan tentang kelayakan terhadap naik taraf Unifi Turbo mereka, namun selepas beberapa ketika laman itu telah ditutup dan digantikan dengan penghantaran email bagi memaklumkan kepada mereka yang terpilih untuk menerima naik taraf tersebut.

Akan tetapi hari ini, sekali lagi kelihatan pihak TM mengambil inisiatif untuk menambah fungsi semakan sendiri dilaman web mereka bagi menyemak status naik-taraf Unifi Turbo tersebut, cuma ia memerlukan pengguna untuk log masuk kedalam akaun Unifi online masing-masing.

Sebaik sahaja pengguna log masuk ke dalam akaun Unifi online, terdapat satu menu tambahan yang bernama Turbo Status, dimana apabila ia di klik akan memaparkan status naik-taraf internet Unifi pengguna tersebut.

Buat masa ini melalui fungsi semakan ini pengguna hanya akan menerima paparan sama ada layak menerima naik-taraf, atau pun tidak. Dan sekiranya anda layak menerima naik taraf tersebut, pihak TM akan memberi maklum balas sama ada perkakasan yang digunakan mampu menampung penggunaan Unifi Turbo tersebut ataupun tidak.

Baca juga  DuitNow, Transaksi Bank Melalui Nombor Telefon Atau MyKad Bermula Disember 2018

Sekiranya perkakasan sedia ada dirumah berfungsi dibawah kemampuan keperluan minima Unifi Turbo, satu borang akan dipaparkan bagi membolehkan pelanggan mengisi maklumat peribadi bagi urusan pemasangan perkakasan yang lebih sesuai secara percuma.

Untuk semakan, anda boleh menyemak status Unifi Turbo anda hari ini di unifi.com.my

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini