Seriously guys. Bagi die hard fan anime Dragon Ball, filem Dragon Ball Super Broly adalah filem yang paling dinanti-nantikan. Dengan kemunculan watak Broly sebagai legenda pahlawan saiyan yang mampu bertarung dengan Son Goku dan Vegeta yang telah melangkaui kuasa Super Saiyan Blue (SSB), Broly dilihat hanya menggunakan kuasa saiyan dalam bentuk asas sahaja.
Kekuatan yang dipertontonkan oleh Broly didalam trailer ini dilihat sebagai musuh yang hampir mustahil untuk dikalahkan ditambah lagi dengan kemunculan Frieza sebagai watak antagonis yang sering mempunyai helah jahat. Adakah Son Goku dan Vegeta mampu memenangi pertarungan ini?
Spoiler filem Dragon Ball Super Broly
Trailer #1
Trailer #2
Trailer #3
Trailer #4
https://www.youtube.com/watch?v=GfUkZtqV_O0
Jika dilihat dalam trailer-trailer ini juga, dapat dilihat didalam filem ini kemunculan Vegeta buat kali pertama menggunakan kekuatan SSG (Super Saiyan God) dan paling lama didalam siri anime Dragon Ball Super yang telah dikeluarkan oleh Toei Animation.
Tinggal lagi beberapa minggu sahaja sebelum filem ini menemui peminat di panggung-panggung terdekat. Adakah Son Goku dan Vegeta mampu memenangi pertarungan ini?