Setelah beberapa bulan pelancaran aplikasi Touch ‘n Go eWallet , fungsi kegunaan aplikasi kini dipertingkatkan. Jika sebelum ini aplikasi Touch ‘n Go hanya boleh membuat semakan baki kad fizikal TNG tanpa membolehkannya ditambah nilai, tetapi kini ia difahamkan dalam fasa permulaan dalam pengaktifan fungsi “Pay Direct“.

Dimulakan dengan lebuhraya DUKE, fungsi “Pay Direct” ini berfungsi dengan membuat potongan bayaran tol secara terus daripada akaun TNG EWallet apabila kad fizikal TNG disentuhkan pada pembaca kad TNG di pondok-pondok tol , manakala jumlah kredit yang tinggal didalam kad fizikal TNG hanya akan ditolak sekiranya TNG EWallet tidak mempunyai sebarang baki.

Selain daripada tol DUKE, difahamkan juga terdapat 2 lagi tol baru yang dilengkapi dengan sokongan sama, iaitu tol LKSA (Lebuhraya Kemuning – Shah Alam) dan juga di tol SMART (Stormwater Management And Road Tunnel).

Yang mana secara tak langsung dengan pengenalan ciri “Pay Direct” ini, ia akan memudahkan lagi pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan ini kerana tidak perlu lagi membawa ke hulu ke hilir kad fizikal TNG.

Baca juga  Filem Superhero Dari China Ini Mirip ‘Iron Man’

Berhubung dengan pengenalan fungsi ini, pihak TNG turut mengumumkan yang mana sokongan sama akan diaktifkan pada pelbagai lebuhraya lain secara berperingkat di masa akan datang yang meliputi rangkaian lebuhraya seperti berikut:

  • AKLEH (Ampang – Kuala Lumpur Elevated Highway)
  • BESRAYA (Besraya Expressway)
  • GRANDSAGA (Lebuhraya Cheras – Kajang)
  • LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong)
  • GCE (Guhtrie Corridor Expressway)
  • SILK (Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang)
  • KLK (Kuala Lumpur – Karak Expressway)
  • LATAR (Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor)
  • GRANDSEPADU (Lebuhraya Grand Sepadu)
  • MEX (Maju Expressway)
  • NPE (New Pantai Expressway)
  • KESAS (Konsortium Expressway Shah Alam Selangor)
  • SPRINT (Sistem Penyuraian Trafik KL Barat)
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini