•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Separuh daripada editor di OHSEMPOI merupakan pengguna premium Spotify. Dengan melanggan akaun family kami bukan sahaja dapat berjimat malah turut dapat mendengar muzik kegemaran kami dengan kualiti yang tinggi.

Sejujurnya disebabkan wujudnya perkhidmatan sebegini, kami sangat berpuashati apabila kami mudah mendengar lagu-lagu yang inginkan dimana-mana saja biarpun ketika berada di celah ribuan manusia, mahupun ketika bersendirian ditempat kerja.

Salah satu ciri-ciri Spotify yang disukai ramai adalah kemudahan untuk pengguna memuat-turun lagu kedalam storan peranti masing-masing, seterusnya membolehkan lagu itu didengar kembali dalam mod offline (tiada sambungan internet), dan fungsi muat turun itu sebelum ini dihadkan kepada 3,333 buah lagu sahaja bagi satu peranti (maksima 3 peranti bagi satu akaun).

Namun hari ini, Spotify membuat sedikit perubahan berkenaan angka tersebut bilamana kini pengguna boleh mula memuat-turun sehingga 10,000 buah lagu bagi satu peranti (maksima 5 peranti bagi satu akaun), menjadikan jumlah keseluruhan lagu yang boleh dimuat-turun pada suatu masa adalah 50,000 buah lagu.

Baca juga  Tips Kekal Selamat Berurusan Atas Talian (Online).

Dengan penawaran baru ini, berkemungkinan ianya akan menarik lebih ramai pengguna untuk melanggan perkhidmatan Spotify. Terutamanya bagi mereka yang suka mengumpul lagu-lagu berdasarkan album.

p.s: Zaman peranti mp3 dah berlalu. Dah berhabuk ditelan zaman.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini