Hellboy 2019 Hadir Dengan Versi Reboot


Filem Hellboy pertama ditayangkan pada tahun 2004 dimana watak anak syaitan ini tiba ke bumi dan dilahirkan sebagai hero. Pada tahun 2008 pula Hellboy sekali lagi memunculkan diri di layar panggung apabila hadir dengan filem kedua yang berjudul Hellboy II: The Golden Army, dimana jalan cerita filem ini mengisahkan ia berlawan dengan angkatan tentera musuh yang lebih kuat dan ramai.

Kini hampir sedekad mendiamkan diri, filem terbaru tentang watak hero ini bakal menemui peminat sekali lagi apabila ia tampil dengan versi reboot pada tahun hadapan. Melalui trailer yang dikeluarkan, dapat dilihat pada kali ini watak Hellboy yang rupanya jauh lebih mengerikan bakal bertempur dengan makhluk-makhluk yang lebih besar dan juga ganas.

Bakal ditayangkan pada 12 April 2019, watak Hellboy baru ini akan dilakonkan oleh David Harbour, manakala watak heroin pula akan dilakonkan oleh Milla Jovovich.

Sejujurnya bagi kami di ohsempoi, trailer ini kelihatan biasa-biasa saja. Mungkin kerana rupa Hellboy baru ini dilihat seperti kurang rencah, namun di penghujung trailer tersebut.. tanduk Hellboy adalah sesuatu yang gempak dan menawan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini