Ini Adalah Trailer Rasmi Pertama John Wick: Chapter 3 – Parabellum


Siapa layan filem John Wick, pasti tahu tentang individu yang digelar sebagai boogieman ini. Dengan sebatang pensel dapat mengalah 3 orang lawan. Kini John Wick kembali dengan sequelnya yang ketiga iaitu John Wick: Chapter 3 – Parabellum.

Trailer rasmi pertama ini yang menunjukkan John Wick yang kelihatan terdesak untuk menyelamatkan diri daripada The Continental setelah beliau melanggar kod etika kumpulan pembunuh upahan tersebut, dan kini beliau dilabel sebagai “excommunicado”.

Didalam filem ketiga ini, selain menunjukkan aksi-aksi bertempur John Wick yang tiada tolok bandingannya bagi seorang manusia biasa, negara Jepun juga dilihat sebagai medan ‘pertempuran’ kepada legenda pembunuh upahan ini menentang The Continental.

Filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum dijangka akan ditayangkan di pawagam bermula 17 Mei 2019.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  Telefon Pintar Energizer Bakal Dilancarkan Dengan Kapasiti Bateri 18,000 mAh

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini