Ini Dia Trailer Rasmi Pertama ‘Captain Marvel’


Disaat ramai yang tidak sabar untuk menunggu apakah sambungan bagi pengakhiran Avengers: Infinity War, hari ini Marvel Studio telah mengeluarkan secara rasminya tontonan trailer rasmi adiwira wanita mereka, Captain Marvel.

Terdapat pelbagai andaian yang timbul untuk watak adiwira ini apabila di dalam babak kredit terakhir filem Avengers: Infinity War, kita dapat melihat Nick Fury sedang cuba menyampaikan mesej penting kepada seseorang melalui alat pengelui beliau sebelum lenyap menjadi debu. Sebelum kejadian tersebut berakhir, gambaran skrin yang menunjukkan logo Captain Marvel jelas kelihatan. Sekaligus mewujudkan andaian bahawa Captain Marvel akan memainkan satu peranan yang besar dalam situasi yang mendatang dalam filem Avengers yang seterusnya.

Melalui trailer yang dikeluarkan, perincian baru ditonjolkan dimana kita dapat melihat Captain Marvel (yang dilakonkan oleh Carol Danvers) yang telah memiliki kuasa adiwira ketika turun ke bumi setelah menyertai pasukan tentera Starforce yang diketuai oleh Mar-vell (yang dilakonkan oleh Jude Law), membangkitkan beberapa kenangan lalu diantaranya zaman kanak-kanak dan latihan asasnya, yang bagi menerangkan bagaimana wujudnya penceritaan beliau sebagai adiwira.

Selain itu, kita dapat juga melihat penampilan Nick Fury ketika muda, semasa kedua watak ini bertemu dan mula menjadi sekutu.

Nota: Starforce pada asasnya merupakan sebahagian daripada pasukan elit didalam tentera Kree, yang juga turut dianggotai oleh Doctor Minerva, Ronan, Korath, Captain Atlas, Shatterax, Supremor dan Ultimus).

Filem ini bakal ditayangkan pada bulan March 2019.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini