Baru saja dijual secara rasmi pada 21 September yang lalu, namun ianya tidak mengambil masa yang lama untuk pengguna mula melaporkan berita yang kurang enak. Selepas beberapa hari peranti premium keluaran Apple ini dikeluarkan, iPhone XS dan iPhone XS Max dilaporkan mengalami masalah LTE serta WiFi.
Melalui beberapa komen yang dijumpai di laman Twitter, difahamkan bahawa iPhone model terbaru ini menunjukkan kekuatan isyarat yang lebih lemah berbanding model-model iPhone yang dikeluarkan sebelumnya.
Anyone else having less than great LTE performance on iPhone XS? My iPhone 7 held signal way better.
— Justin Flood (@JustinFlood) September 24, 2018
Anyone else notice low signal on the iPhone XS max?
— Brandon cooley (@Bcooley92) September 21, 2018
Manakala, melalui laporan yang dijumpai di laman Reddit pula menunjukkan bahawa masalah kekuatan isyarat yang lemah ini tidak terhad kepada pembawa tunggal saja, malah difahamkan juga ianya berpunca daripada masalah pepijat yang wujud dalam perisian.
Buat masa ini, masalah isyarat LTE yang lemah ini dikesan berlaku di kawasan yang mempunyai liputan yang lebih lemah – yang mana pada model iPhone terdahulu masih menerima kelajuan internet yang memuaskan, namun begitu pada peranti iPhone XS dan XS Max ianya hanya boleh disambungkan kepada rangkaian 3G yang lebih perlahan.
Manakala bagi masalah WiFi pula, iPhone XS dan XS Max dilaporkan lebih cenderung untuk memilih sambungan WiFi yang menggunakan frekuensi 2.4GHZ, berbanding keutamaan pada sambungan WiFi frekuensi 5GHz yang lebih pantas.
Pihak Apple walaubagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung masalah ini. Namun begitu, tidak mustahil sekiranya kemas kini perisian akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat bagi memperbetulkannya.