WhatsApp mula diperkenalkan pada Januari 2009 dan kemudiannya menjadi antara applikasi paling popular dimana hampir setiap orang memiliki applikasi tersebut untuk tujuan komunikasi melalui text.
Kemudian pada bulan Ogos 2013, applikasi yang hampir serupa diperkenalkan iaitu Telegram dimana fungsinya adalah menyerupai WhatsApp malah ditambah baik mengikut kehendak pengguna.
WhatsApp dan Telegram merupakan applikasi yang sering bersaing dalam memenuhi keperluan telekomunikasi kepada pengguna. Walau bagaimanapun, applikasi WhatsApp masih menjadi pilihan utama pengguna berbanding Telegram.
Tahukah anda bahawa Telegram mempunyai beberapa kelebihan berbanding WhatsApp? Berikut adalah 8 kelebihan Telegram yang perlu anda tahu.
- Kualiti Gambar
Kualiti gambar yang dikirimkan melalui Whatsapp akan berkurangan (degrade). Sekiranya mahukan kualiti gambar yang sama seperti pengirim, gunakan Telegram. - Kerahsiaan Nombor Telefon
Pengguna Telegram tidak perlu mendedahkan nombor telefon sebaliknya boleh menetapkan username pilihan.
- Tiada limit saiz fail dan pantas
Tiada limit saiz untuk mengirimkan fail melalui Telegram dan lebih menarik lagi kerana fail yang dihantar lebih cepat diterima penerima walaupun bersaiz besar.
- Privasi
Risau kecurangan anda dihidu pasangan? Hahaha… Jangan risau kerana melalui Telegram orang lain tidak boleh sewenang-wenangnya melihat mesej yang dihantar kerana Telegram mempunyai fungsi lock dimana anda boleh tetapkan password untuk meng’akses’nya.
Caranya, buka Telegram anda, cari butang Setting, kemudian Privacy and Security. Tetapkan password di situ. - Selamat dengan Backup chat / uninstall
Telegram sentiasa menyimpan data chat anda walaupun anda bertukar telefon baru atau anda uninstall Telegram dan Install kembali, history chat anda masih tidak hilang. - History boleh dibaca oleh ahli baru
Berbanding WhatsApp, ahli baru hanya boleh membaca perbualan bermula saat kemasukan sahaja tetapi tidak di Telegram kerana ahli baru juga boleh membaca history sebelumnya. Jadi tidak lah ahli baru rasa terpinga-pinga dengan topik perbualan yang sedang berlaku. - Nightmode
Macam Twitter, Telegram juga ada pilihan untuk tetapan paparan nightmode. Warna screen boleh ditukar jadi gelap sesedap mata memandang.
- Channel Telegram
Ianya berfungsi seperti medium penyiaran untuk perkongsian info tapi secara ‘one way communication’. Kebiasaannya digunakan oleh pihak sekolah untuk menyampaikan info kepada ibu bapa tanpa risau ibu bapa membuat promosi iklan di dalam group tersebut.Menariknya Chanel Telegram kerana tiada had limit ahli di dalam chanel tersebut. Ahli yang baru masuk juga boleh membaca semua maklumat yang diberikan sebelum itu.Untuk maklumkan, Ohsempoi juga mempunyai Chanel Telegram sendiri di mana semua info menarik akan dikongsikan di sana. Jom serta Chanel Ohsempoi.
https://t.me/ohsemlagisempoi
https://t.me/ohsemlagisempoi
https://t.me/ohsemlagisempoi
Walaupun applikasi telegram memiliki beberapa kelebihan berbanding WhatsApp namun pilihan utama pengguna di Malaysia masih memilih WhatsApp untuk saluran komunikasi.