8 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Memiliki Janggut


Jika pasangan anda tidak gemarkan anda memiliki dan menyimpan janggut, inilah masanya untuk anda buktikan kepadanya bahawa lelaki yang memiliki janggut sebenarnya mempunyai banyak kelebihan.

Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal bertajuk Evolution And Human Behaviour mengatakan bahawa wanita berpendapat bahawa lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik dan sesuai dijadikan suami dan bapa yang baik kepada anak-anak.

Jom kami kongsikan 8 sebab kenapa anda / pasangan anda perlu memiliki janggut.

1. Disukai Malaikat
Diceritakan ketika zaman Rasulullah saw, ada seorang lelaki berjanggut nipis sedang mengambil wuduk dan Rasullullah tersenyum melihat lelaki tersebut dan kemudiannya memalingkan muka ke arah lain. Lelaki tersebut menyangkakan Rasulullah tersenyum melihat janggutnya yang nipis dan memalingkan muka kerana tidak menyukai janggutnya.

Esoknya lelaki tersebut mencukur janggutnya dan dia mendapati Rasulullah tidak senyum kepadanya. Maka bertanya lelaki tersebut “Wahai Rasulullah, kenapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini” Maka jawab baginda, “Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu, tapu kini tiada lagi kerana kamu telah mencukup janggutmu wahai sahabat”.

2. Kurangkan Tanda Penuaan
Janggut membantu melindungi kulit agar kekal sihat dan dapat mengurangkan tanda penuaan. Ini menjadikan lelaki berjanggut kelihatan awet muda.

3. Mengurangkan Asma Dan Alahan
Janggut mampu menapis debu dan kotoran singgah ke muka.

4. Melembapkan Kulit Wajah
Janggut yang tebal melindungi kulit wajah dari angin yang boleh mengeringkan kulit wajah.

5. Menghindari Jerawat
Janggut mampu mencegah kulit wajah dari berlakunya masalah kulit seperti jerawat.

6. Sensasi Ciuman Yang Mengghairahkan
Wanita lebih menikmati ciuman dari lelaki berjanggut berbanding lelaki yang berwajah mulus. Ini kerana janggut memberikan rasa geli dan menambah keintiman sentuhan.

7. Meningkatkan Keseburan Wanita
Kajian oleh para saintis mendapati janggut mengandungi hormon testosteron yang diperlukan untuk kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada janggut suami.

8. Lebih Kelihatan Maskulin
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti seperti Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan wajah mereka yang berjambang. Mereka adalah lambang kepada lelaki maskulin yang mempunyai personaliti yang menawan.

Tapi para lelaki juga diingatkan supaya memastikan janggut dijaga rapi dan bersih kerana janggut juga boleh merosakkan imej anda andai tidak dijaga rapi.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini