Ramai yang percaya air rendaman lemon sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Air rendaman lemon juga dikatakan satu material yang baik untuk detoksifikasi dan membantu mengurangkan berat badan.

Kebaikan Buah Lemon.

1# Meneutralkan Asid Alkali Badan.

Badan kita sebenarnya sangat banyak dengan asid kerana makanan segera, pencemaran udara, tidak cukup bersenam dan atas faktor faktor stress lain yang boleh menyebabkan badan bertoksis.

Untuk menyeimbangkan badan, kita perlulah mempunyai sedikit alkali dalam badan. Walaupun sebenarnya kita tahu lemon ada buah yang berasid, tetapi siapa sangka ia juga menghasilkan alkali.

2# Menyokong Sistem Imunisasi Badan

Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.

3# Lemon Membantu Turunkan Berat Badan

Lemon mengandungi fiber pectin yang membantu mengawal selera makan. Lemon membantu dalam mengeluarkan toksik dalam badan. Selain itu, lemon juga membantu dalam memberikan tenaga yang cukup kepada anda. Jika anda sedang berdiet, tambahlah lemon di dalam diet anda. Seperti kebanyakan buah lain, lemon sangat rendah dengan kalori selain tiada lemak dan kolestrol.

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.

4# Bantu Perncernaan Dan Buang Toksin

Flavonoids Citrus dipercayai merangsang fungsi hati dan membersihkan hati, jus lemon diketahui secara tradisi di seluruh dunia menyokong pencernaan asid hidroklorik di dalam perut lagi membantu penghadaman.

Lemon yang kaya dengan anti oksida berupaya untuk meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.

Vitamin C yang hadir juga dikaitkan dengan pengurangan risiko ulser peptik disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori.

5# Kawal Tekanan Darah Tinggi

Baca juga  Tanpa 7 Lagu Patriotik Ini, Sambutan Kemerdekaan Anda Akan Terasa Hambar.. Percayalah..!

Tahukah anda, pactin yang terkandung di dalam lemon ini boleh mengurangkan kolestrol? Darah tinggi boleh meningkat dengan kadar kolestrol yang tinggi.

Jika anda mengambil lemon setiap hari lemon secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan darah tinggi anda dan vitamin P yang ada di dalam lemon akan membantu untuk menguatkan saluran darah.

Selain itu, lemon juga sangat kaya dengan potassium yang turut boleh mengurangkan tekanan darah

6# Bantu Cantikkan Kulit.

Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.

7# Merawat Demam dan Selesama Dengan Lebih Berkesan

Untuk melegakan demam, beberapa titik jus lemon bersama air suam sudah mencukupi. Anda tidak perlu untuk ke klinik dan hospital sebenarnya.

Lakukan rutin ini setiap dua jam sehingga sembuh. Lemon sebenarnya boleh meninggikan tahap penyerapan di dalam badan. Tetapi diingatkan sekali lagi, jika keadaan bertambah buruk, berjumpalah dengan doktor anda.

Cara Penyediaan Air Lemon – Guna Air Panas Atau Sejuk?

Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius.

Buah lemon tidak boleh direndam di dalam air yang terlalu sejuk kerana rasanya tidak dapat menyerap dengan baik. Info paling penting, lemon yang kaya dengan Vitamin C tidak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.

Air yang terlalu panas juga akan merosakkan Vitamin C.

Kecil bukan sebarang kecil. Walaupun saiz lemon kecil tetapi sangat banyak sangat khasiatnya. Harga di pasaran sekarang ini pun bukan biasa-biasa ye.

Bolehlah anda menjaga kesihatan sambil berjimat dengan lemon selepas ini. Ayuh ramai ramai mencuba tips yang diberikan tadi.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini