Hari Ini Adalah Penentu Nasib Filem ‘Mahaguru’

  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kreativiti seseorang adalah sangat subjektif. Kita boleh mengkritik, tapi maksud sebenar kreativiti tersebut hanya boleh diterjemahkan dengan betul oleh mereka yang menghasilkannya.

Begitu juga dengan filem Mahaguru, sekilas pandang boleh dikatakan filem sebegini tak layak untuk ditayangkan di pawagam. Namun pengarah filem ini, Z. Lokman, berjaya meletakkan filemnya ini untuk dijadikan bahan tontonan peminat-peminat filem tempatan.

Tak dapat kami bayangkan bagaimana reaksi peminat apabila menonton filem ini kelak, akan tetapi melalui trailer berdurasi 43 saat ini menceritakan filem Mahaguru adalah sebagai sebuah filem aksi yang mengetengahkan seni mempertahankan diri, Silat.

Menggunakan latar masa waktu zaman moden, turut diperlihatkan suntingan imej menggunakan teknik CGI dimana dalam satu babak anda dapat melihat peluru yang mengejar penjenayah. Membuatkan kami di OHSEMPOI terfikir sejenak, mungkinkah penyunting filem ini seperguruan dengan individu yang menggunakan nama Rezal Videographer, yang popular dengan klip video “Wedding Video Hadi Dan Farah“?

Baca juga  Jean Grey Dalam Trailer Pertama Filem X-Men: Dark Phoenix

Nota: Selain Alif Akademi Fantasia, Salman al-Farisi, Mas Muharni dan Eliza Mustafa, filem ini turut dibintangi barisan pelakon veteren seperti Datuk Mokhtaruddin Mohd Said dan Aman Shah.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini