Lego Terbang Ini Berupaya Mengawal Drone


Ingat lagi tak babak dalam filem Iron Man 2 bilaman Ivan Vanko berupaya mengawal sejumlah drone askar bersenjata daripada komputer makmal sahaja? Sekarang, kita semakin maju selangkah ke hadapan menuju ke arah keupayaan teknologi tersebut apabila Lego Creative Play Lab dengan kerjasama Human Media Lab di Queen’s University, Kanada berjaya mengeluarkan prototaip “Lego terbang”.

Walaubagaimanapun seperti yang dipertontonkan di Lego World Expo yang berlangsung di Copanhagen, Denmark bagu-baru ini, bongkah Lego itu sendiri tidak kelihatan terapung di udara. Namun, yang menyebabkan ia dipanggil Lego terbang adalah kerana keupayaannya untuk mengawal sejumlah drone kecil berdasarkan koordinasi bongkah Lego yang telah disusun diatas pengawal mengikut susunan individu.

Sebagai contoh, seorang kanak-kanak boleh bermain dan menyusun bongkah-bongkah Lego tersebut membentuk seekor rama-rama, kemudiannya ia sekaligus akan memberikan koordinasi yang sama kepada drone-drone kecil itu untuk terbang membentuk rama-rama seperti yang telah diarahkan.

Buat masa ini prototaip ini masih dalam fasa ujikaji dimana pengunjung expo boleh mencuba sendiri pengalaman mengawal drone-drone tersebut. Akan tetapi difahamkan bahawa pihak Lego masih belum bercadang untuk memasarkannya kepada umum dalam tempoh yang terdekat.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini