•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Antara masalah awal yang dilaporkan pengguna iPhone XS dan XS Max ialah kesulitan pengguna untuk mengecas peranti mereka walaupun kabel pengecas telah disambungkan kepada Lightning port. Masalah ini yang difahamkan adalah berpunca dari pepijat, merumitkan aktiviti harian pengguna kerana seperti yang kita ketahui tempoh penggunaan telefon pintar yang singkat dan perlu dicas dengan kerap.

Pihak Apple sedia maklum tentang masalah pepijat ini, dan oleh kerana itu, bagi menyelesaikannya pihak Apple telah mengeluarkan kemaskini terbaru iaitu iOS 12.0.1.

Kemaskini yang boleh dimuat turun mulai hari ini dikatakan akan menyelesaikan masalah pengecasan “chargegate” ini, disamping turut juga menawarkan penyelesaian masalah-masalah lain seperti:

  • keengganan peranti untuk disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi 5Ghz
  • sukar melakukan tambatan bluetooth
  • sari kata tidak muncul ketika sesetengah video dimainkan
  • serta, susunan “.?123” pada kekunci iPad

Meskipun kemaskini ini dilihat dapat menyelesaikan beberapa masalah, akan tetapi bagi pengguna iPhone XS dan XS Max yang mengalami masalah LTE perlu menunggu kemaskini yang seterusnya, kerana masalah itu masih lagi belum dapat diselesaikan.

Baca juga  Lelaki meninggal dunia selepas pembedahan oleh robot gagal.

p.s: Hampir sebulan telah berlalu, namun masalah LTE yang menghantui pengguna iPhone XS dan XS Max masih belum dapat diselesaikan. Bagi pengguna iPhone XS dan XS Max, adakah anda masih mampu bersabar? Ataupun anda telah mula meninjau model-model telefon pintar yang lain untuk menjadi pengganti?

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini