• 1
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selain daripada TM yang menawarkan perkhidmatan pelan jalur lebar, pihak Maxis juga adalah pesaing terdekat didalam industri yang sama. Walaupun menumpang diatas infrastruktur yang dipakai oleh TM, pihak Maxis bijak menawarkan pakej-pakej yang menarik untuk jadi pesaing yang kompetitif.

Terbaru menyaingi penawaran TM Unifi yang meningkatkan kelajuan internet serta menawarkan pakej baru yang lebih menguntungkan pengguna, pihak Maxis juga tidak terkecuali untuk memberi tawaran yang lebih kurang sama.

Pelan baru ini yang terbahagi kepada dua pilihan iaitu; pelan MaxisONE Home Fibre (untuk pengguna biasa) yang menawarkan harga serendah RM129 sebulan bagi talian berkelajuan 100Mbps, manakala RM89 sebulan bagi mereka yang memilih untuk melanggan pelan 30Mbps.

Turut disertakan bagi pelan MaxisONE Home Fibre 100Mbps, iaitu perkhidmatan panggilan suara tanpa had serta telefon percuma. Namun untuk pelan MaxisONE Home Fibre 30Mbps pula, pengguna akan dikenakan caj tambahan RM10 sebulan sekiranya ingin menambah pelan panggilan tanpa had kedalam pakej yang sedia ada.

Baca juga  2 Khasiat Teh Hijau Yang Sangat Penting Dalam Hidup Kita

Manakala satu lagi pilihan untuk kegunaan perniagaan, di mana pelan langganan MaxisONE Business Fibre dengan harga serendah RM139 sebulan untuk 100Mbps, dan RM99 sebulan untuk pelan 30Mbps (kedua-dua pelan didatangkan dengan router percuma).

Buat masa ini kesemua pilihan pelan yang ditawarkan didatangkan dengan data tanpa had. Jadi sekiranya anda berminat, boleh membuat pra-pendaftaran dilaman rasmi Maxis hari ini. Akan tetapi perlu dimaklumkan bahawa pelan ini akan tersedia dan ditawarkan secara rasmi bermula 13 September kelak.

Nota 1: Bagi pengguna sedia ada yang ingin menukar pakej langganan, boleh menghubungi pihak Maxis untuk mengemaskini serta memperbaharui kontrak perjanjian.

Nota 2: Turut dimaklumkan bahawa Maxis juga bakal menawarkan kelajuan dengan pilihan 100Mbps, 300Mbps dan juga 500Mbps. Namun tarikh penawaran rasmi tidak dinyatakan, sebaliknya diberitahu bahawa hanya akan ditawarkan selepas infrastruktur untuknya tersedia.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 1
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini