• 29
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Setelah hampir sebulan lamanya, Telekom Malaysia dilihat mula menunaikan janji mereka. Mana-mana pelanggan Unifi yang layak, bakal menerima naik taraf Unifi Turbo berdasarkan pakej langganan dan infrastruktur Unifi di tempat masing-masing.

Diantara pakej-pakej yang dijanjikan untuk menerima naik taraf ini termasuklah;

  • Pakej kelajuan internet 20Mbps dan kebawah yang akan menerima naik taraf sehingga 100Mbps,
  • Pakej kelajuan internet 30Mbps yang akan menerima naik taraf sehingga 300Mbps,
  • Pakej kelajuan internet 50Mbps yang akan menerima naik taraf sehingga 500Mbps,
  • dan pakej 100Mbps yang akan menerima naik taraf sehingga 800Mbps.

Namun begitu walaupun proses naik taraf ini telah bermula, adalah dimaklumkan bahawa ianya sedang dilakukan secara berperingkat dimana buat masa ini telah diketahui bahawa pengguna di sekitar beberapa kawasan utama Lembah Klang akan menjadi pelanggan terawal yang akan menikmati naik-taraf kelajuan ini.

Sejurus naik taraf tersebut berjaya dilakukan, pengguna kemudiannya akan menerima notifikasi melalui emel dan juga SMS.

Baca juga  Fotografer ini mendedahkan bagaimana cara mendapatkan gambar kreatif

Pada masa artikel ini diterbitkan, beberapa orang admin OHSEMPOI yang menetap dan menggunakan Unifi di Lembah Klang masih lagi belum menerima notifikasi daripada TM. Bagi anda, adakah anda sudah menerima naik-taraf Unifi Turbo itu?

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 29
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini