Sokongan pembayaran nirtunai kini mula mendapat tempat dikalangan pengguna. Dikawasan sekeliling, makin banyak kedai-kedai yang mula mengintegrasikan sokongan mod pembayaran ini bagi perniagaan mereka.

Terkini, PLUS dengan hasil kerjasama pihak Visa Malaysia juga mula memperkenalkan sokongan pembayaran nirtunai melalui sistem Visa payWave pada kedai-kedai mereka. Antara R&R pertama yang dipilih untuk menggunakan sistem ini adalah R&R Dengkil (Arah Utara).

Melalui sistem Visa payWave ini, pengguna boleh melakukan pembayaran terus menggunakan sebarang kad debit atau kredit yang mempunyai sokongan sistem tersebut.
Mengikut perkiraan yang dikeluarkan oleh PLUS, dianggarkan lebih daripada 62,000 kenderaan mengunjungi kawasan R&R Dengkil pada setiap hari, dan pihak mereka berkata selepas ini mereka menyasarkan sekitar 25% daripada transaksi yang berlaku di kawasan tersebut adalah dilakukan secara nirtunai.

Tambah mereka lagi, bersempena dengan pengenalan perlaksanaan sistem ini juga, pengguna yang mempunyai kad Visa payWave dan melakukan sebarang transaksi nirtunai bernilai RM2 dan ke atas untuk makanan, minuman serta produk lain, akan menikmati diskaun sebanyak RM1.

Baca juga  Istanbul Grand Airport (IGA) - Lapangan Terbang Terbesar Di Dunia Kini Dibuka.

Promosi diskaun ini terhad bagi transaksi yang dilakukan di R&R Dengkil (Arah Utara) sahaja sehingga 30 November 2018 kelak.

Berkenaan dengan kawasan R&R yang lain, pihak PLUS turut mengatakan sistem sokongan pembayaran nirtunai ini akan diperkenalkan secara berperingkat.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini