Projek Solar Berskala Besar Tenaga Nasional – Mampu Menjana Tenaga Sebanyak 50MW


Kelestarian tenaga adalah topik yang hangat dibahaskan sejak berlakunya kepanasan global. Salah satu punca kepada permasalahan ini adalah kerana pencemaran yang dilakukan oleh manusia sendiri.

Menyahut saranan global untuk menjaga alam sekitar supaya ianya kekal terpelihara dan boleh dinikmati oleh generasi akan datang, difahamkan bahawa pihak Tenaga Nasional sedang dalam usaha membangunkan sebuah projek solar berskala besar (Large Scale Solar).

Projek solar tersebut yang akan dibangunkan menggunakan sistem tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy), dijangka akan disiapkan di kawasan daerah Kuala Langat.

Walaupun secara umumnya keluasan kawasan projek ini masih belum diwar-warkan, namun pihak Tenaga Nasional memaklumkan bahawa projek ini merupakan ladang solar terbesar yang bakal dibina negara, yang mana sekiranya ia beroperasi pada kapasiti penuh kelak, difahamkan ia mampu melakukan penjanaan kuasa setinggi 50MW.

Seperti yang kita sedia maklum, operasi Tenaga Nasional dalam menyediakan bekalan elektrik kepada pengguna adalah melibatkan penjanaan kuasa yang datang daripada empangan hidroelektrik dan loji tenaga haba.

Maka dengan penglibatan mereka dalam penggunaan tenaga solar ini, mungkinkah TNB juga bakal mengikut jejak langkah syarikat gergasi Apple dalam beralih arah menjadi syarikat yang lebih mesra alam?

Nota 1: Tahukah anda bahawa tenaga elektrik yang dijana oleh rumah persendirian boleh dijadikan sumber pendapatan?

Nota 2: Di Melaka terdapat sebuah rumah cekap tenaga yang menggunakan sepenuhnya tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik, dan ia direka untuk menggunakan penyaman udara secara berterusan setiap hari.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini