Promo Pelan Data Tanpa Had Daripada Unifi Mobile


Siapa guna Unifi Mobile? Pelan prabayar daripada Telekom Malaysia ini makin mendapat tempat di hati pengguna. Terutama pengguna yang pernah menggunakan servis unifi dan Webe, syarikat penyedia data internet yang telah dimabil laih oleh Telekom Malaysia.

Yang belum mengetahui tentang pelan prabayar Unifi Mobile ini boleh terus melayari lama sesawang mereka: https://unifi.com.my/personal/mobile/bebas

Bersempena sambutan Hari Malaysia, Unifi Mobile baru sahaja memperkenalkan promo data tanpa had baru yang memberikan anda 30 hari data tanpa had dengan hanya RM55. Wow..! Data tanpa had..!

Namun ini hanya terpakai untuk pelan prabayar #BEBAS yang tidak menawarkan tempoh tamat kredit dengan syarat line tersebut tetap aktif.

Mulai sekarang hingga 30 September 2018, anda boleh mengaktifkan tambahan Data Tanpa Had melalui aplikasi Unifi Mobile dengan hanya RM55. Ini sah selama 30 hari dan data hanya terpakai pada rangkaian 4G LTE Unifi Mobile. Sebarang penggunaan pada 3G akan menggunakan data 3G / LTE sedia ada anda.

Anda perlu faham kat sini. Jangan keliru! Maksudnya penggunaan tanpa had itu hanya untuk rangkaian 4G LTE. Jika anda menggunakan rangkaian 3G, ia akan memakan data sedia ada anda. Jadi pastikan smartphone dan tempat anda ada 4G LTE.

Sebelum ini, Unifi Mobile hanya menawarkan 3 tambahan #BEBAS yang menawarkan penggunaan LTE tanpa had untuk tempoh masa tetap. Pelan BEBAS 2 jam ditawarkan pada RM3 manakala BEBAS setiap hari (24 jam) ditawarkan pada RM5. Pilihan terpanjang adalah BEBAS Weekly add-on yang berharga RM20 untuk 7 hari.

Sekiranya anda bukan pelanggan, anda boleh meminta SIM #UNB Mobile percuma anda yang kini dilengkapi dengan 2GB data LTE.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini