Konsert Big Stage 2 yang baru jer bermula pada Ahad lepas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam kini dibawakan oleh penaja utama iaitu vivo. Konsert yang akan ditayangkan setiap ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pembukaan yang menampilkan 12 orang bintang dari dalam dan luar negara.

Barisan penyanyi tempatan yang terlibat dalam program ini adalah Fieya Julia, Kucaimars, Sheryl Shazwanie, Neeta, Santesh , Irfan Haris, Syada Amzah dan Adzrin. Manakala penyanyi luar negara adalah Aziz Harun dari Brunei, Dinda Permata dari Indonesia, Chaleeda dari Thailand dan seorang peserta dari Korea iaitu Jang Han Byul.

Dalam konsert pertama, 12 bintang tersebut telah menyampaikan lagu tema dan lagu-lagu lain yang menjadikan mereka tular di media sosial kerana kemampuan vocal yang ditonjolkan dalam konsert tersebut. Konsep reality TV ini akan memperlihatkan seorang demi seorang peserta disingkirkan setiap minggu dimana pemenang Big Stage 2019 akan menerima hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM25,000 secara tunai manakala pemenang tempat keempat dan kelima masing-masing akan menerima RM10,000 dan RM5,000.

Pemarkahan dan penjurian akan ditentukan sepenuhnya oleh juri professional iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan yang berperanan sebagai juri tetap. Setiap minggu terdapat seorang juri jemputan dan untuk konsert pertama baru-baru ini, Mark Adam telah dijemput sebagai juri jemputan.

Baca juga  Vivo Perkenalkan inovasi 5G, Vivo AR Glass dan Beberapa Peranti Pintar Yang Lain di Mobile World Congress Shanghai 2019

Tiga bintang yang menduduki tangga tercorot kemudiannya akan melalui proses undian secara online oleh penonton melalui website www.gempak.com/Bigstage dan hasil undian penonton akan menentukan bintang manakah yang akan disingkirkan di hujung konsert. Minggu pembukaan menyaksikan semua bintang selamat dari pusingan penyingkiran. vivo sebagai penaja utama telah memperkenalkan telefon pintar model terbaru, vivo S1 yang lebih menarik.

vivo S1 mempunyai Teknologi Pengimbasan Cap Jari untuk membuka kunci telefon pintar anda lebih cepat dan berkeupayaan 32MP Selfie Camera. Bateri 4,500mAh memberikan anda telefon pintar yang lebih tahan lama manakala AI Triple Camera memberikan kelebihan kepada anda yang suka bergambar. vivo S1 boleh didapati di seluruh negara dengan harga RM1,099.

Maklumat lanjut anda boleh melayari laman web rasmi vivo Malaysia di www.vivo.com/my ataupun ikuti mereka di laman Facebook www.facebook.com/VivoMalaysia .

vivo Store : bit.ly/BuyVivoOnline
vivo Concept Store : bit.ly/WhereToBuyVivo
Lazada : http://bit.ly/2FiMlzz
Shopee : bit.ly/vivoshopeepost

vivo #vivomalaysia #vivoS1 #UnlockYourStyle #vivoxBigStage

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini