Jadikan Gambar Raya Tahun Ni Penuh Memori Indah Dengan Telefon Pintar Vivo V15 & V15Pro


Hari raya dah semakin hampir. Semua orang sebok membuat persiapan untuk menyambut Hari Lebaran. Antara yang menjadi keutamaan adalah baju raya sedondon untuk seisi keluarga.

Dah menjadi trend di Malaysia, setiap keluarga ada tema warna tersendiri. Dari si ibu, bapa dan anak-anak semuanya akan pakai pakaian sedondon yang sama warna.

Apakah yang menjadikan konsep raya sedondon menjadi pilihan setiap keluarga?
Sebenarnya konsep sedondon ni melambang kesepaduan dan ikatan kekeluargaan yang teguh. Selain itu, kenangan yang diabadikan di dalam gambar juga akan lebih menarik apabila semuanya memakai pakaian yang sama warna.

Sebab itu selain bermaaf-maafan di pagi raya, bergambar kenangan seisi keluarga juga adalah suatu kemestian. Jika dahulu, kamera kompak atau DSLR menjadi pilihan bagi menyimpan memori indah sekeluarga. Namun kini, dengan telefon pintar Vivo V15 & V15Pro pasti memberikan hasil gambar berkualiti tinggi.

Budaya swafoto bukan lagi asing dalam kehidupan kita. Lebih-lebih lagi disaat istimewa dimana detik-detik indah ingin diabadikan seperti di hari raya. Setiap detik indah yang kita kongsi adalah memori yang kita perlu simpan selamanya. Sebab itu Vivo V15 & V15Pro menyediakan kamera telefon pintar dengan spesifikasi tinggi supaya setiap kenangan yang kita cipta dapat dirakam dengan jelas.

Baca juga  Nintendo Labo - Toy-Con 3: Vehicle Kit

Vivo V15 memiliki kamera hadapan yang pertama di dunia dilengkapi dengan 32MP yang memberikan hasil gambar swafoto yang lebih baik. Selain itu, kamera utama pula dilengkapi dengan Kamera AI Triple yang mempunyai 24 juta unit photosensitive, kamera 8MP AI Super Wide-Angle dan depth camera 5MP yang dapat memberikan hasil gambar yang lebih menarik dan berkualiti tinggi.

Dihari raya pastinya telefon pintar akan menjadi teman setia sepanjang hari. Oleh itu, keupayaan bateri adalah penting supaya kita tidak terlepas merakam setiap moment indah bersama sanak saudara. Vivo V15 Series mempunyai keupayaan bateri sehingga 4000mAh yang akan memanjangkan tempoh penggunaan telefon pintar anda.

Info lanjut tentang spesifikasi Vivo V15 Series boleh klik pautan di bawah. Anda pasti teruja melihat keupayaan spesifikasi dari telefon pintar ini.

Spesifikasi Vivo V15
Spesifikasi Vivo V15Pro
Spesifikasi Vivo V15Pro8gb

#vivo #V15 #V15Pro #WorldFirstElevatingCamera #32MPPerfectSelfies #LevelUP #AiDEALFitri

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini