Satu lagi artikel tentang restoran dan makanan sedap yang boleh anda dapati di Sungai Buloh Selangor.
Jika anda ikuti artikel-artikel terbitan Ohsempoi sebelum ini, kami ada dedahkan makanan dan tempat makan yang sedap dan murah di Sungai Buloh di artikel Menjejak Makanan Sedap Di Sungai Buluh – Siri 1 dan Siri 2.
Kini kami datangkan kepada anda 7 lagi restoran dan makanan unik serta sedap di Sungai Buloh sebagai kesinambungan Siri 1 dan Siri 2 yang lalu.
Oh ya.. Kami sarankan anda melanggan artikel kami di kotak langganan di sebelah bawah blog ini. Ini untuk membolehkan anda menerima posting kami secara otomatik tanpa tertinggal nanti. Jangan bimbang. Artikel yang dihantar ke emel anda adalah PERCUMA..!
Berikut adalah senarai restoran sedap dan murah di Sungai Buloh yang kami maksudkan:
1. Warung Kita
Kalau bercerita tentang jalan-jalan cari makan kat Sungai Buloh, macam tak sah kalau tidak memasukkan restoran ini dalam senarai.
Antara menu restoran ‘lejen’ ini yang menjadi kegilaan orang ramai ialah Nasi Manggey dan Air Kelapa Baldi. Memang tak sedar kalau makan kat sini. Tetiba habis sebungkus Nasi Manggey. Kena pulak minum air kelapa baldi tu.. Fuuuh memang kenyang tak hengat la…!
Lokasi : Warung kita, Kampung Melayu, Sungai Buloh.
2. Nasi Plonbox
Unik kan nama restoran ni..?
Nasi Wow Kaw Kaw Plonbox ni memang terbaik..! Anda kena cuba sekali… Sambal dan perapan daging dia memang ‘WIN’.. sedap sangat.. gerenti teringat-ingat..!
Lokasi: Bandar Baru Sungai Buloh deretan bank MAYBANK, tapi dia di kawasan pasar. Dekat kawasan industri kilang-kilang dan kedai borong.
Waktu operasi: Bermula dari 10.30 pagi hingga 3.30 petang
3. Ilin Cendol House
Walaupun namanya ada perkataan cendol, bukan cendol sahaja yang disajikan di sini. Ada banyak lagi menu menarik kat sini. Antaranya:
● Mee Kari
● Mee Udang
Asam Pedas
● Cendol Jagung dan pelbagai cendol lain-lain.
Lokasi : 2455 M, Lorong Kemuning,bt 17 kuang Rawang, Selangor 48050
4. Restoran Rimbun
Restoran ini bukanlah restoran terbuka di bawah rimbunan daun pepohon kayu. Ia beroperasi di premis restoran seperti restoran yang lain. Cuma namanya agak ‘catchy’ dan memberi gambaran yang mendamaikan.
Menu di sini terdiri daripada menu nasi campur dan masakan panas
Antara yang menjadi pilihan ramai pengunjung adalah:
● Nasi Campur
● kuey Teow goreng
● Sup cendawan
● western
● bubur
Lokasi: Bukit Rahman Putra (bersebelahan klinik keluarga)
Waktu Operas: Buka awal pagi sehingga pukul 8 malam
5. Ahmad’s Kitchen
Merupakan antara kafe yang baru naik juga. Ia menyediakan makanan ala barat (western food). Variasi harganya semurah RM3.50 dan rasa kebanyakan makanannya yang sedap menjadi daya tarikan utama pemburu makanan ke sini.
Harga: Dari RM3.50 – RM55.00.
Lokasi: Bandar Baru, Sungai Buloh (belakang Petron tepi jalan menghala ke KL-Kuala Selangor)
Waktu operasi : 5:00 petang – 12:00 malam
6. Kafe Baloh
Kafe Baloh merupakan kafe makanan pantai timur yang terbaik di Kuala lumpur dan Lembah Klang. Menu pantai timur ini jika tukang masaknya tidak betul pakar dalam masakan ala Pantai Timur memang tidak sedap..!
Tapi lain di restoran ini. Rasanya memang rasa Pantai Timur. Kini anda tidak perlu lagi ke Pantai Timur hanya semata-mata untuk mencuba menu-menu Pantai Timur.
Akok yang dibakar panas-panas, Nasi Dagang dengan aromanya yang menggiurkan serta Nasi Kerabu lengkap dengan pelbagai lauk menjadi tarikan utama kafe ini.
Lokasi: di kubu gajah 21 sg buloh, boleh Waze (agak tersorok)
7. Restoran Rasa Malaya
Restoran terakhir yang kami paparkan di artikel kali ini ialah Restoran RAsa Malaya. Ia adalah sebuah restoran yang menggabungkan menu-menu Malaysia dan juga menu ala barat.
Ini adalah senarai menu-menu yang patut anda cuba jika ke sini:
- Set Puyuh Masak Sambal Belado RM 5.00
- Bidasari Chicken Maryland & Cheezy RM15.00
- Sate Malaya Black Pepper RM5.00
- Lamb Chop Madu Tiga RM13.00
Lokasi: No 29 Jalan Bro 1/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Waktu Operasi: Pukul 12 tengahari hingga pukul 11.00 malam
Jejak makanan sedap kami bukan hanya terhenti di sini. Kami akan sentiasa kongsikan artikel tentang restoran dan makanan sedap di pelbagai lokasi untuk anda dari masa ke semasa.