Disebalik ada beberapa luahan rasa tidak puas hati dengan usaha kerajaan mengenakan syarat baru yang menetapkan larangan merokok di premis kedai makan, namun pemilik restoran nasi kandar Pelita menyambut baik cadangan tersebut malah turut berganding bahu dalam mengumumkan pemberhentian penjualan rokok di semua kaunter rangkaian restorannya di seluruh negara.

Menurut Pengarah Eksekutif Pelita, iaitu Datuk KK Sihabutheen, beliau berkata bahawa sepatutnya pemberhentian penjualan rokok di 28 buah cawangan restoran nasi kandar itu dibuat bermula pertengahan tahun depan berikutan pihaknya masih mempunyai kontrak bersama pihak pembekal rokok. Namun disebabkan pihak pembekal bersetuju untuk menamatkan kontrak lebih awal, keputusan pemberhentian penjualan rokok ini dapat dibuat dengan lebih awal.

Alhamdulillah, nampaknya usaha kerajaan untuk mengurangkan penjualan rokok nampaknya menampakkan kesan positif. Meskipun jika dilihat, bilangan perokok diseluruh negara bukanlah satu bilangan yang kecil, namun langkah kecil oleh pihak Pelita ini merupakan satu inisiatif yang baik dan harus diikuti oleh semua pengusaha kedai makan yang lain.

Baca juga  Selesai Masalah Anak Selalu Nak Beli Kinder Joy! Pilihan Ini Lebih Jimat, Lebih Best
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini