Suatu ketika dahulu, sebelum era telefon pintar 4G, telefon lipat pernah popular. Jenama-jenama seperti Sony Ericson, Motorola, Nokia dan beberapa lagi jenama yang mendominasi pasaran ketika itu ada model lipat ini.
Kini model telefon pintar lipat kembali di pasaran. Cuma kali ini model lipatnya bukan seperti dulu. Ia lebih futuristik.
Yang kami maksudkan adalah telefon lipat keluaran syarikat gergasi Samsung. Gajet terbaru mereka ini dinamakan Samsung Galaxy Fold.
Samsung Galaxy Fold berukuran 7.3 inci infinity flex display membuatkan ia boleh dilipat mengikut saz poket pengguna pada ukuran 4.6 inci.
Peranti ini dilengkapi dengan ‘enjin’ Processor Qualcomm 7nm octa core serta kelajuan internet LTE dan 5G. Ram nya pula ialah 12 Gigabite dengan ruangan storan bersaiz 512 Gigabite.
Dengan kemampuan ini, ia boleh membantu pengguna melakukan pelbagai kerja dengannya dalam masa yang sama.
Paparan skrinnya yang cukup besar membolehkan pengguna menonton channel movie pilihan masing-masing seperti Youtube, Netflix dan sebagainya dan diwaktu yang sama membalas whatsapp dan mencari pelbagai maklumat di Google.
Kebimbangan akan keupayaan baterinya sedikit terubat apabila ia dilengkapi dengan keupayaan bateri berkekutana 4,380 MaH.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ia akan mula berada di pasaran bermula 26 April 2019. Harganya pula encecah AS1,980 ataupun bersamaan dengan RM8,000.
Siapa yang minat dengan gajet baru dan bermampuan, boleh menunggu peranti yang lain dari yang lain ini.