Selepas Unifi, Pelanggan TIME Pula Menerima Naik Taraf Percuma (Sehingga 1Gbps)


Satu kelebihan kepada pengguna bila syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan (seperti TM dan TIME) mula bersaing sesama sendiri, apabila kita dapat menerima perkhidmatan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sebagai contoh terdekat, TIME yang baru-baru ini dilaporkan mula menawarkan naik taraf kelajuan perkhidmatan jalur lebar mereka dek kerana tergugat dengan langkah Unifi yang telah memberikan naik taraf percuma Unifi Turbo kepada pelanggan mereka.

Selari dengan seruan kerajaan yang turut mengarahkan syarikat-syarikat perkhidmatan jalur lebar ini untuk menyediakan pakej internet yang lebih berkelajuan tinggi, TIME yang sebelum ini menawarkan kelajuan maksima sehingga 500Mbps, kini nampaknya telah meningkatkan penawaran pakej mereka sehingga mencapai kelajuan 1Gbps (yang bersamaan dengan 1000Mbps).

Namun, naik taraf ini yasih tertakluk kepada terma dan syarat yang hampir menyerupai Unifi, bergantung kepada pakej seseorang pelanggan. Dimana mereka yang terpilih untuk menikmati naik taraf ini juga akan mula menerimanya secara berperingkat.

Pakej-pakej yang akan melalui fasa naik taraf ini adalah:

  • Pakej 500Mbps yang akan dinaik-taraf kepada 1Gbps
  • Pakej 300Mbps yang akan dinaik-taraf kepada 800Mbps
  • manakala, pakej 100Mbps pula akan dinaik-taraf kepada 500Mbps

Desas-desus turut mengatakan bahawa pakej dengan kelajuan baru ini juga bakal diperkenalkan secara rasmi kepada pengguna yang baru ingin berdaftar pada awal bulan Oktober 2018.

Nota: Untuk lebih berdaya saing, diharapkan ada pihak yang sudi memberi bantuan dana kepada pihak TIME supaya perkhidmatan mereka dapat diperluaskan ke seluruh negara. Barulah lagi seronok kan. The best offer will win. 🙂


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini