Sebelum ini pihak TM telah mengotakan janji mereka dengan melakukan naik taraf Unifi Turbo terhadap akaun pengguna Unifi sedia ada. Namun begitu, sepanjang tempoh naik taraf tersebut dijalankan, pengguna Streamyx yang turut dijanjikan dengan kelajuan yang berganda masih tertunggu-tunggu bagaikan menanti buah yang tak gugur apabila mereka sehingga semalam masih tidak menerima sebarang perkhabaran berita mengenai perkhidmatan tersebut.

Akan tetapi, selari dengan janji yang telah dibuat, nampaknya hari ini pihak TM melakukan satu perubahan apabila dilaman rasmi unifi.com.my kelihatan sebuah laman khusus yang membolehkan pengguna Streamyx untuk menyemak sama ada mereka berpeluang menerima naik-taraf percuma berkenaan ataupun tidak.

Melalui status yang dipaparkan juga, mereka turut mengumumkan bahawa:

We’re happy to announce that unifi is available in more Streamyx areas. You could be eligible for a free upgrade to unifi. However, please take note this is dependent on the infrastructure in your area or building. The unifi network is growing every day and we will continue to update you when your unifi is available in your area.

Penekanan dibuat berkenaan naik-taraf ini dimana ianya tertakluk kepada sokongan infrastruktur di sesebuah lokasi pengguna. Dan, sekiranya sokongan infrastruktur yang dimaksudkan tidak tersedia, berkemungkinan besar pengguna dikawasan tersebut tidak akan menerima naik taraf ini.

Baca juga  Pelbagai aktiviti PERCUMA di fiesta Art & Lights Play, Southville City, Bangi.

Bagi anda yang ingin menyemak akaun Streamyx anda, boleh menyemak status naik-taraf tersebut di check.unifi.com.my/streamyxupgrade

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini