Teaser Filem Animasi Frozen II, Sinopsis dan Pelakon


Semalam, 13 Februari, Disney telah ‘release’kan teaser pertama untuk filem Frozen II. Dalam masa yang singkat teaser pertama ini telah menjadi viral dan dikongsi secara meluas di media sosial dan internet.

Setakat entri ini ditulis tontonan di Channel Youtube Walt Disney Animation Studios telah pun mencecah 8,952,940 tontonan walaupun baru sehari direleasekan.

Filem ini adalah sequel daripada filem animasi Frozen yang ditayangkan pada tahun 2013.

Filem Frozen telah mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Merchandisenya dijual di merata dunia. Jarang anak-anak yang tak ada merchandise Frozen baik pakaian maupun barang permainan.

Tayangan filem animasi Frozen II ini dijangka pada 22 November 2019.

Sudah pasti Disney mensasarkan sekurang-kurangnya kutipan yang sama ataupun lebih lagi daripada filem Frozen II (baca: Frozen 2) ini.

Sinopsis Frozen II

Setakat ini tiada sinopsis yang dikeluarkan.

Namun jika dilihat daripada teaser yang dikeluarkan semalam 13 Februari 2019, ia semacam mengisahkan Queen Elsa dan adiknya Anna serta Kristoff dan Olaf terlibat dalam pengembaraan jauh daripada kerajaan Arendelle.

Khabar angin tentang Frozen II

Banyak juga cakap-cakap tentang filem sequel kedua Frozen ini. Tapi yang agak menarik perhatian ialah adanya pihak yang mencadangkan supaya dicipta watak kekasih untuk Queen Elsa.

Yang tidak enaknya, kekasih yang dicadangkan tersebut adalah seorang wanita…! Dengan ertikata lainnya ia adalah kekasih sejenis.

Jika cadangan jahat ini diterima untuk mengambil hati ‘golongan tertentu’, pastinya ia akan membawa pengaruh buruk di jiwa kanak-kanak seluruh dunia yang masih segar ingatan dan minat terhadap filem Frozen.

Pelakon Frozen II

Walaupun sinopsis Frozen II masih samar-samar, namun pelakonnya telah pun disahkan.

Berikut adalah pelakon yang meminjamkan suara untuk watak-watak utama Frozen II:

Apa-apa pun kita tunggu teaser ataupun trailer yang seterusnya yang bakal menyusul nanti. Pasti ia akan memberi lebih gambaran tentang filem Frozen II.Sama-sama kita tunggu..!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini