Vivo akan melancarkan telefon pintar edisi terhad terhadap siri model V15 dengan memperkenalkan warna baru yang pastinya akan menjadi rebutan khususnya golongan wanita iaitu Blossom Pink. Telefon pintar yang dilengkapi dengan humidifier eksklusif merah jambu ini akan dijual bermula 18 Mei 2019 dengan harga RM1,299.

Untuk meraikan pelancaran warna edisi terhad V15 Blossom Pink, Vivo telah bekerjasama dengan SimplySiti untuk memberikan tawaran istimewa kepada 1000 pembeli pertama Vivo V15 Blossom Pink iaitu voucher SimplySiti bernilai RM50 yang boleh gunakan untuk sebarang pembelian koleksi Red SimplySiti.

Koleksi Red SimplySiti telah dilancarkan baru-baru ini sempena Kempen Raya In Red. Koleksi premium ini menawarkan produk kosmetik dengan faedah anti-penuaan untuk kelihatan lebih muda kerana ia menggunakan formula inovatif yang menggabungkan Teknologi Korea dengan ekstrak Red Ginseng Korea untuk penampilan yang lebih mempersonakan di hari raya nanti.

Vivo Malaysia sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan produk yang memenuhi tuntutan pasaran. Saya gembira bahawa siri V15 kami telah berjaya dan kami berharap dapat terus bekerjasama dengan Dato Sri Siti Nurhaliza dan peminatnya” kata CEO Vivo Malaysia, Mike Xu pada majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh Dato ‘Sri Siti Nurhaliza.

Vivo V15 Blossom Pink mempunyai spesifikasi yang sama dengan V15 dimana kamera hadapannya adalah yang pertama di dunia dilengkapi dengan 32MP yang memberikan pengalaman swafoto yang lebih baik manakala Ultra Full View Display memberikan anda pandangan dan perspektif yang lebih luas.

Baca juga  Isi Minyak Lebih Mudah Dengan Aplikasi Setel Daripada PETRONAS

Selain itu, bagi kamera utama pula ia dilengkapi dengan Kamera AI Triple yang mempunyai 24 juta unit photosensitive, Kamera 8MP AI Super Wide-Angle dan depth camera 5MP yang membantu anda menangkap setiap momen dengan cemerlang.

V15 Blossom Pink dilengkapi dengan 6GB RAM dan kapasiti storage 128GB supaya anda tidak lagi perlu risau dengan keupayaan memory telefon pintar anda.

Satu lagi faktor yang menjadi pilihan orang ramai adalah keupayaan bateri yang boleh bertahan lama, Vivo V15 Blossom Pink membekalkan keupayaan bateri 4,000mAh yang pastinya dapat memanjangkan tempoh penggunaan telefon pintar anda.

Oleh kerana siri V15 dikenali sebagai telefon pintar yang mesra swafoto, Vivo Malaysia ingin mengingatkan bahawa terdapat lebih daripada RM100,000 tunai dan hadiah untuk dimenangi dalam peraduan Vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie.

Maklumat lanjut berkenaan peraduan tersebut boleh didapati di Facebook Vivo Malaysia

Satu lagi peraduan yang kini dianjurkan oleh Vivo Malaysia ialah Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia 2019 (PMNC 2019) yang menyediakan hadiah sebanyak RM114,000 untuk dimenangi. Pendaftaran kini dibuka dan pusingan kelayakan Kuala Lumpur akan diadakan pada 01 Jun 2019 di Sunway Velocity Mall. Butiran lanjut berkenaan PUBG Mobile Malaysia National Championship boleh layari http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC2019/

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini