Kelemahan utama telefon pintar, tak lain tak bukan jatuh kepada bateri. Sejak mula diperkenalkan, masalah jangka hayat bateri yang cepat habis menghantui mana-mana telefon pintar. Tidak seperti telefon yang pernah menjadi lagenda suatu ketika dulu, Nokia 3310 sebagai contoh, mampu beroperasi sehingga seminggu lamanya sekaligus membuatkan kita tak perlu mengusung ke hulu ke hilir kabel charger bagi mengelakkannya mati – cuma sayangnya ia sekadar telefon biasa, bukannya telefon pintar.

Penggunaan bateri yang kuat sememangnya dikaitkan dengan penggunaan telefon pintar yang sering berhubung menggunakan talian internet. Lebih-lebih lagi apabila seseorang pengguna itu lebih banyak mengakses aplikasi online dengan kerap, maka baterinya makin cepat habis.

Cuba untuk mengatasi masalah tersebut, Energizer, iaitu jenama yang tidak asing lagi dalam penjualan bateri mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar dengan bateri sebesar 18,000 mAh di MWC 2019 kelak.

Sekaligus menjadikannya telefon pintar dengan kapasiti terbesar pernah dihasilkan. Sebelum ini pihak Energizer juga pernah mengumumkan perancangan mereka dalam menghasilkan telefon pintar berkapasiti bateri yang besar iaitu Power Max P16K Pro – yang mempunyai kapasiti bateri sebesar 16,000 mAh, namun ianya tidak pernah dilancarkan.

Baca juga  Dato' Seri Vida Lancarkan Kriptowang Lavida Coin Pula

Jadi, bagi menjawab sama ada pelancaran telefon pintar dengan bateri sebesar 18,000 mAh adalah benar-banar akan dilakukan ataupun sekadar gimik pemasaran? Sama-sama kita tunggu tibanya acara MWC 2019 ini yang dijadualkan akan bermula 25-28 feb 2019.

Selain telefon pintar dengan bateri gergasi, Energizer turut mengetakan mereka akan melancarkan 25 peranti pelbagai jenis di acara telefon pintar terbesar di dunia ini kelak.

Nota: Featured image memaparkan prototaip Energizer Power Max P16K Pro yang berkapasiti 16,000 mAH.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini