Siapa yang tidak teruja apabila memiliki rumah baru. Tapi tahukan anda bahawa rumah yang baru siap dibina perlu diperiksa terlebih dahulu supaya apa yang anda terima dalam keadaan baik dan sempurna.
Untuk memeriksa keadaan rumah, anda boleh melakukannya sendiri dan menghantarkan laporan kerosakan ‘defect’ kepada pihak pemaju untuk dibaiki segera.
Perlu diingatkan bahawa pemeriksaan defect ini perlu dilakikan sebelum kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah.
Sebelum itu, anda boleh baca dahulu apakah keperluan sebelum melakukan pemeriksaan defect.
Berikut kami kongsikan perkara yang perlu anda lakukan dalam proses memeriksa defect.
1) Pecahkan mengikut kawasan
Untuk memudahkan anda membuat pemeriksaan dan merekod data, pecahkan mengikut kawasan rumah. Contohnya bilik air, ruang tamu, dapur dan sebagainya. Lakukan pemeriksaan mengikut kawasan tersebut.
2) Periksa plug
Periksa setiap plug untuk pastikan plug berfungsi dengan baik.
3) Periksa tile
Gunakan objek keras yang tumpul dan ketuk tile satu-satu dengan perlahan. Anda boleh mengesan bunyi tile lopong dan tandakan kawasan tersebut. 4) Periksa keadaan dinding
Periksa keadaan dinding sama ada retak, berlubang, cat tidak kemas atau dinding tidak sekata iaitu menggelembong. Tandakan kawasan yang bermasalah untuk pembaikan.
5) Periksa Siling
Pada peringkat awal mungkin sukar untuk mengesan masalah di sekitar kawasan siling. Ia perlukan tempoh masa untuk melihat kesan air atau berkulat.
6) Periksa paip air
Check paip air dalam bilik air termasuk paras tekanan air.
7) Buat takungan bilik air
Ini dilakukan bagi mengesan sama ada berlaku kebocoran di lantai. Buat takungan air di lantai selama beberapa hari dan lihat kesannya di bahagian bawah. Ini penting bagi rumah yang bertingkat.
Semoga tips ini dapat membantu anda melakukan pemeriksaan defect rumah anda sendiri tanpa perlu mengupah kontraktor pemeriksa.