•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Siapa kata wanita berbadan gempal dan gemok tidak boleh kelihatan menarik. Bentuk badan bukan faktor utama untuk kelihatan cantik dipandangan tetapi apa yang penting ialah bagaimana anda menggayakan pakaian dan fesyen yang sesuai.

Berikut kami kongsikan tips fan trick yang sangat berguna untuk anda yang berbadan gempal dalam menentukan pilihan pakaian yang ingin dipakai.

1. Pemilihan warna gelap
Pakaian berwarna gelap akan membuat ilusi kelihatan lebih kecil. Warna gelap tidak akan menimbulkan bayangan yang menjadikan ilusi tubuh menjadi lebih lebar. Malah warna gelap juga mampu melindungi bahagian-bahagian tubuh yang berlipat.

2. Corak menegak / vertical
Jika anda memilih untuk memakai pakaian cerah yang bercorak, anda boleh memilih corak garisam vertical atau menegak yang bergaris halus supaya corak tersebut memberi ilusi anda lebih tinggi dan langsing.

3. Pakaian dengan bukaan leher berbentuk V
Bentuk V pada leher akan memberi ilusi dada yang bidang dan leher jinjang. Ia akan membantu anda kelihatan lebih kurus tapi jika anda bertuding, abaikan tips ini.

Baca juga  Fakta menarik yang mungkin anda belum tahu tentang Jambatan Kedua Pulau Pinang

4. Jangan memakai pakaian yang terlalu longgar
Baju yang longgar akan membuakan anda kelihatan semakin besar. Pakai pakaian yang bersesuaian saiz iaitu tidak terlalu longgar atau tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh.

5. Gayakan dengan cardigan labuh
Cardigan labuh sangat sesuai untuk anda yang berbadan besar ketana ia boleh menutup paha dan betis anda yang besar dan memberi ilusi anda kelihatan lebih tinggi.

6. Memilih corak kecil
Jika anda inginkan pakaian dengan corak yang lebih menyerlah, jangan memilih corak yang terlalu besar. Pilih corak yang lebih kecil agar ia memberi ilusi pakaoan anda tidak terlalu besar.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk berketrampilan lebih meyakinkan. Pilih pakaian yang bersesuaian dengan majlis atau tempat yang akan dihadiri.

Berfesyen adalah hak untul semua orang namun jangan biarkan anda menjadi mangsa fesyen sehingga memburukkan lagi imej dan penampilan anda.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini