Tujuh Aplikasi Telefon Pintar Yang Mencuri Maklumat Pengguna


Seperti yang telah hangat baru-baru ini, aplikasi FaceApp dikatakan mampu menyimpan data-data peribadi seseorang pengguna. Berkemungkinan maklumat yang disimpan itu bakal menimbulkan masalah terutamanya apabila melibatkan aktiviti-aktiviti di atas talian. Sehubungan dengan itu, orang ramai digesa untuk berhati-hati untuk menggunakan aplikasi yang tular demi mengelakkan masalah yang mungkin berlaku.

Menghangatkan lagi isu pencerobohan data peribadi ini apabila baru-baru ini juga, syarikat sekuriti Avast telah mengumumkan tentang penemuan beberapa aplikasi hasad (malicious apps) di Google Play Store. Yang mana melalui penggunaan aplikasi-aplikasi tersebut, pengguna berisiko untuk mendedahkan maklumat peribadi, selain daripada intipan aktiviti pengguna.

Dalam usaha menangani perbuatan yang tidak bermoral dan merbahaya ini, pihak Google difahamkan telah pun mengambil tindakan dengan membuang sebanyak 7 buah aplikasi yang merbahaya daripada Google Play Store iaitu Track Employees Check Work Phone Online Spy Free, Spy Kids Tracker, Phone Cell Tracker, Mobile Tracking, Spy Tracker, SMS Tracker dan Employee Work Spy.

Walaubagaimanapun, dengan ketidakhadiran aplikasi ini di dalam Google Play Store, kita sedia maklum bahawa pengguna yang telah memasang aplikasi ini di telefon pintar masing-masing masih terdedah kepada ancaman bahaya dengan ketiadaannya fungsi nyah-pasang daripada peranti masing-masing.

Justeru itu, pihak PDRM memberi peringatan kepada pengguna agar berhati-hati serta mengambil perhatian untuk membuang aplikasi tersebut daripada peranti masing-masing dengan kadar segera.

Untuk makluman selepas dimuat turun, aplikasi ini akan meminta beberapa kebenaran akses yang membolehkan ia mampu mencuri buku alamat telefon, mengakses mesej, membaca log sejarah panggilan, menjejak lokasi pengguna, dan lain-lain.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini