Vivo Berkolaborasi Dengan Lazada, Shopee, Go Shop Dan Senheng Untuk Pelancaran Vivo S1 Secara Online


Vivo S1 secara rasminya dilancarkan penjualannya melalui kerjasama rakan-rakan media seperti Lazada, Shopee, Astro Go Shop, Senheng dan lain-lain dengan harga jualan iaitu RM1,099.

Untuk makluman, Vivo S1 adalah merupakan model telefon pintar pertama keluaran Vivo dalam siri S yang menyasarkan kepada golongan muda-mudi yang bertenaga, bergaya, dan sentiasa mengikuti trend.

Vivo S1 dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menarik seperti Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan (In-Display Fingerprint Scanning Technology), kamera swafoto beresolusi 32MP dengan teknologi AI, bateri berkapasiti 4500mAh dengan fungsi Dual-Engine Fast Charging, AI Triple Rear Camera serta mempunyai reka bentuk yang bergaya dengan pilihan Diamond Black dan Skyline Blue.

Sejak teknologi pengimbasan cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning Technology) dilancarkan, Vivo telah menerajui industri telefon pintar dengan menawarkan pengalaman nyah-kunci yang lebih baik. Dengan satu sentuhan pada paparan Vivo S1 anda, skrin boleh dibuka dengan pantas manakala kehadiran pelbagai efek animasi tersedia juga menjadikan ia satu pengalaman yang lebih menyeronokkan.

Tambahan lagi dengan adanya kamera hadapan 32MP serta resolusi Ultra HD pada Vivo S1, ia membolehkan pengguna untuk mengambil gambar swafoto dengan kejelasan yang tinggi dan butiran yang lebih tepat. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pelbagai mod swafoto, seperti AI Face Beauty, Selfie Frontlight, AR Stickers serta AI Filter.

https://www.facebook.com/ohsemlagisempoi/videos/1138467926344861/

Spesifikasi Vivo S1:

  • In-Display Fingerprint Scanning Technology
  • 32MP Selfie Camera
  • 4,500mAh high capacity battery
  • Dual Engine Fast Charging
  • 16MP+8MP+2MP AI Triple Camera
  • 6.38 Full HD+ Super Amoled Ultra All Screen
  • Mediatek Helio P65 Octa Core processor
  • 6GB RAM & 128GB ROM
  • Diamond Black and Skyline Blue Colours
  • Funtouch OS 9 (based on Android 9.0 Pie)

Untuk pengetahuan semua, untuk memperkenalkan lagi Vivo S1 kepada orang ramai. Vivo akan mengadakan acara roadshow Superday pada 3 Ogos 2019 ini di Pusat i-City, Shah Alam. Pelbagai hadiah percuma dan acara menarik akan diadakan disana. Jadi, bagi anda yang mempunyai masa terluang, dijemput untuk meremaikan lagi acara berkenaan. Mana tahu dapat hadiah percuma atau cabutan bertuah kan.

Maklumat lanjut anda boleh melayari laman web rasmi Vivo Malaysia di www.vivo.com/my ataupun ikuti mereka di laman Facebook www.facebook.com/VivoMalaysia

#vivoMalaysia #vivoS1 #UnlockYourStyle


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini