• 24
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Industri telefon pintar sememangnya dalam persaingan yang sangat sihat buat masa sekarang kerana setiap jenama berlumba-lumba untuk menawarkan peranti yang terbaik dengan harga yang lebih mampu milik untuk pengguna. Situasi ini tidak terkecuali buat jenama Vivo, apabila mereka juga tidak ketinggalan untuk menawarkan telefon pintar dengan teknologi-teknologi terkini – memperkenalkan kepada anda semua Vivo V11 dan juga Vivo V11i.

Vivo V11 melalui spesifikasi yang ditawarkan, hadir dengan skrin 6.41-inci dengan panel Super AMOLED. Dilengkapi juga dengan cip pemprosesan Snapdragon 660, memori 6GB RAM, pengimbas cap jari yang terbina pada skrin serta storan terbina sebesar 128GB bagi membolehkan anda mengambil gambar dengan kuantiti yang banyak.

Manakala Vivo V11i melalui penawaran spesifikasi yang lebih rendah, hadir dengan skrin 6.3-inci LTPS LCD Full HD+ dengan nisbah 19:9. Dilengkapi juga dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P60 yang setanding dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 660, memori 4GB RAM, fungsi pengimbas cap jari di bahagian belakang serta turut menyediakan storan terbina sebesar 128GB.

Namun, apa yang membuatkan peranti-peranti ini menarik untuk dimiliki apabila kedua-duanya melalui penawaran kamera yang sama, yang mengetengahkan fungsi AI (kecerdasan buatan) didalam sistem dwi kamera utama (kamera belakang) dan kamera hadapan 25MP – sekaligus menawarkan pengalaman mengambil gambar yang lebih jitu.

Diantara keupayaan AI yang didatangkan dalam Vivo V11 dan Vivo V11i ini, dimana ia berupaya membantu pengguna untuk menjana bokeh secara artistik iaitu fungsi menyunting tahap kekaburan latar belakang sesebuah gambar “selepas” gambar diambil – sekaligus merendahkan peluang anda untuk tidak terlepas detik-detik penting yang perlu dirakamkan, disamping penawaran fungsi AI Potrait Framing yang membantu mengkaji kedudukan semasa subjek didalam gambar anda seterusnya memberikan arahan kepada anda untuk mengubah posisi telefon kepada kedudukan yang optimum supaya gambar yang dihasilkan dalam kedudukan framing yang sempurna setiap kali gambar diambil.

Menambah lagi daya tarikan Vivo V11 dan juga Vivo V11i ini, apabila ia turut dilengkapi fungsi AI Backlight HDR dan AI Low Light Mode. Dimana kedua-dua fungsi ini menggunakan algoritma AI yang dioptimumkan dengan penggunaan kamera hadapan gabungan apperture 16MP f/2.0 dan 5MP f/2.4 bagi menyelesaikan masalah gambar yang gelap.

Baca juga  Upah untuk potong rambut Sultan Brunei bernilai RM85,000

Dengan erti kata lain setiap gambar yang dihasilkan melalui dua fungsi AI ini melalui proses gabungan beberapa keping gambar ataupun frame berlainan exposure dan noise yang dirakamkan secara serentak yang mana kemudiannya segala maklumat yang terkandung didalam gambar-gambar ataupun frame-frame tersebut digabungkan menjadi sekeping gambar yang sempurna.

Untuk mereka yang mementingkan selfie pula, kamera hadapan beresolusi tinggi 25MP turut dilengkapi dengan fungsi AI. Dimana pada mod AI Face Shaping, fungsi ini membantu menaikkan seri wajah seseorang dengan pemulihan secara semula jadi ke atas hidung, mulut dan mata pada gambar tanpa melalui proses suntingan yang keterlaluan.

Dan melalui fungsi AI Selfie Lighting pula, ia menawarkan 4 jenis pilihan pencahayaan bagi menyerlahkan kecantikan sesuatu gambar selfie iaitu Loop Light, Rainbow Light, Studio lighting, Stereo lighting. Natural light dan Monochrome background.

Sehingga hari ini, Vivo V11 didatangkan hanya dengan 2 pilihan warna iaitu; Starry Night dan Nebula Fusion, dengan penawaran harga dipasaran RM1699 – untuk variasi 6GB RAM bersama storan 128GB.

Manakala untuk Vivo V11i pula, ia didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu; Starry Night, Nebula Fusion dan warna baru, Fairy Pink dengan penawaran harga dipasaran RM1299 – untuk variasi 4GB RAM bersama storan 128GB.

Jika melihat kepada teknologi AI yang diketengahkan pada kedua-dua peranti Vivo V11 dan Vivo V11i ini, selain daripada rekaan takuk yang lebih kecil, sokongan pengecasan pantas, serta kapasiti bateri sebesar 3400 mAH buat Vivo V11 manakala 3315 mAH buat Vivo V11i, sesungguhnya peranti keluaran Vivo ini adalah pakej yang hebat untuk dimiliki. Maklumat lanjut mengenai kedua-dua peranti siri V ini, anda boleh layari laman rasmi Facebook Vivo Malaysia atau layari laman web rasmi Vivo Malaysia.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 24
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini