Wow! Ini Dia Final Trailer Fantastic Beasts


Akhirnya sekuel yang ditunggu-tunggu Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, bakal ditayangkan di panggung wayang seluruh negara dalam masa beberapa minggu lagi. Bagi menyemarakkan lagi rasa keterujaan peminat, pihak Warners Brothers telah mengeluarkan trailer terakhir bagi filem tersebut.

Trailer terakhir bagi filem sambungan kepada siri sebelum bermulanya zaman kegemilangan Harry Potter ini, memberikan kita gambaran yang lebih jelas tentang peranan Albus Dumbledore semasa muda disamping turut memfokuskan peranan Newt Scamander sebagai pelakon utama.

Didalam filem sekual ini juga, dapat dilihat Johnny Depp yang sebelum ini yang muncul secara ringkas dalam filem Fantastic Beasts and Where to Find Them, muncul dengan lebih kerap dan lebih kejam apabila membawa watak ahli sihir yang berkuasa jahat, Gellert Grindelwald.

Mengenai plot penceritaan yang dapat dilihat melalui trailer ini, kelihatan Albus Dumbledore bersama bekas pelajarnya, Newt Scamander serta beberapa ahli sihir lain sedang dalam usaha untuk menggagalkan rancangan Gellert Grindelwald yang telah melarikan diri dari penjagaan MACUSA (Magical Congress of Amerika Syarikat) dan ingin membinasakan kehidupan muggle (orang biasa).

Baca juga  Trailer Terbaru Fantastic Beasts: Crimes of Grindelwald, Aksi Magic Yang Lebih Mendebarkan

Filem sekuel ini menjadi lebih menarik kemunculan Zoe Kravitz sebagai Leta LeStrange, dan juga watak misteri Claudia Kim, yang sebenarnya adalah Nagini, iaitu ular jahat yang dimiliki oleh Lord Voldemort dalam filem Harry Potter.

Filem ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 16 November.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini