PUBG merupakan antara permainan PC yang popular dikalangan gamers. Kini, menghangatkan suasana apabila versi PUBG Lite, sudah boleh dimainkan oleh pengguna tempatan. Penantian yang cukup berbaloi.
Namun untuk memulakan permainan, perlu diingatkan ianya adalah untuk akaun yang baru dan bukan terbuka kepada pemain PUBG versi asal. Jadi bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda perlulah membuat pendaftaran akaun melalui pautan ini terlebih dahulu, ataupun difahamkan juga anda boleh bermain permainan ini menerusi pendaftaran akaun Garena.
Bukan sekadar akaun sahaja yang perlu disediakan, spesifikasi PC juga perlu menepati keperluan minima, iaitu:
- Sistem Operasi: Windows 7/ 8/ 10, 64-bit
- CPU: Core i3 2.4GHz
- RAM: 4GB
- GPU: Intel HD Graphics 4000
- HDD: 4GB
Selepas mendaftar dan telah memiliki PC yang menepati keperluan minima itu, anda boleh mula memuat-turun permainan PUBG Lite ini menerusi pautan rasmi di laman sesawang mereka ataupun melalui platform Garena. Seterusnya memasang permainan kedalam PC anda.
Who plays the PUBG Lite? say iiiiii