Nampaknya kawasan rehat R&R alan menerima naik taraf yang lebih menarik dimasa akan datang. Ini kerana menjelang tahun 2022, difahamkan bahawa kesemua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan akan dilengkapi denan kemudahan WiFi secara percuma.
Sebagai permulaan, R&R Seremban dijangka akan menjadi kawasan rehat yang pertama untuk menerima naik taraf perkhidmatan WiFi percuma ini yang mana tarikh permulaan perkhidmatan ini ditawarkan adalah sekitar awal tahun 2020 kelak.
Dengan wujudnya penawaran perkhidmatan WiFi percuma ini, nampaknya ia akan memudahkan lagi para pengguna untuk kekal berhubung ketika menggunakan lebuhraya utama berkenaan disamping dapat juga menjimatkan kuota data persendirian yang sedia ada.
Seperti ramai yang sedia maklum juga, kadang-kala penerimaan rangkaian telekomunikasi di lebuhraya tidak begitu baik disebabkan masalah-masalah tertentu. Maka, penawaran perkhidmatan ini sekaligus membantu pengguna sekiranya berdepan dengan masalah tersebut.
Selain pengenalan kepada WiFi percuma ini, sebelum ini juga pihak PLUS turut memulakan proses naik-taraf beberapa kawasan R&R untuk menerima sokongan pembayaran secara nirtunai. Malah dalam satu majlis yang berlainan, pihak PLUS turut bekerjasama dengan beberapa jenama terkenal untuk membuka kiosk mereka di beberapa hentian R&R.