•  
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Biasanya bila anak kecil mengalami demam selsema atau batuk, pasti ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh sepenuhnya. Berjumpa doktor tentulah menjadi keutamaan tapi tidak salah andai diamalkan juga petua dan tips yang ada bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kebiasaan kita mendengat petua menghilang batuk dan selsema menggunakan lemon, madu, kunyit dan banyak lagi. Tapi jarang kita tahu bahawa kentang juga berupaya membantu menyembuhkan demam selsema dan batuk.

Seorang ibu di California telah berkongsi petuanya yang menggunakan kentang dengan meletakkan kentang di dalam stokin bayi apabila mereka jatuh sakit.

Dan semasa anak kecilnya terkena selsema dan batuk, beliau meletakkan kentang selama 1 jam dalam stokin anaknya itu.

Selepas melakukan petua itu, ia mendapati anaknya tidak lagi batuk atau selesema. Malah tidur tanpa gangguan sepanjang 12 jam.

Penyelidik perubatan, Jenny Hill, melalui kajiannya dalam Healthy and Natural World, juga menyokong petua menghilangkan batuk kanak-kanak.

Baca juga  5 tanda penyaman udara anda perlu diservis

Menurutnya, kentang dipercayai mempunyai sifat anti-toksik yang boleh membunuh bakteria dan virus. Dan pengetahuan ini telah diguna pakai sejak zaman purba Cina dan Mesir. Jadi, adalah tidak mustahil untuk ibu bapa menggunakan petua ini dalam merawat anak-anak.

Laman WebMD, telah memaparkan yang kentang mempunyai sifat anti bakteria. Dan kentang mentah amat terkenal sebagai membantu mengurangkan simptom artritis, jangkitan, melecur dan sakit mata.

Jika digunakan untuk membuat jus, kentang boleh membantu masalah perut tidak selesa dan kembung. Jika dijadikan serbuk dan dicampurkan dengan air, ia boleh membantu mengurangkan berat badan.

Selepas ini mungkin anda boleh mencuba petua menghilangkan batuk dan selsema ini yang menggunakan kentang. Caranya adalah dengan menghiris kentang setebal beberapa cm dan masukkan di dalam stoking yang sedang dipakai anak ketika tidur. Semoga petua ini dapat membantu.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini